Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chelsea. Terima kasih kepada Razif kerana sudi menaja tiket grandstand yang berharga rm103(pehh!!) itu. Perlawanan yang menarik, meski pun pasukan Malaysia kelihatan agak tumpul di jentera serangan namun mereka masih mampu mengekang asakan pasukan Chelsea yang datang bertali arus. Mungkin ini adalah sebahagian daripada taktik B Sathianathan dalam menghadapi tentangan Chelsea.





Apa pun tahniah buat pasukan negara untuk persembahan yang bagi saya sungguh menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton. Paling menarik, walaupun peminat Chelsea lebih ramai berbanding penyokong Malaysia namun apabila Malaysia berpeluang membuat serangan balas mereka turut bersorak memberi sokongan. Kalah tipis kepada Chelsea sebenarnya membuktikan kita ada keupayaan tersendiri yang perlu digilap dan diasah dengan lebih tajam. Cayalah Malaysia! :D

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Netscape
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Internetmedia
  • MyShare
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Wists
  • Blue Dot
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • Sphinn
  • TwitThis
  • eKudos

Post to Twitter Tweet This Post