Resepi Nasi Berani Gam

Resepi ini diambil daripada emel. Cadangan hidangan untuk 5 orang.

Bahannya:
2 kilogram beras basmati
100 gram bawang merah – dihiris
50 gram bawang putih – dihiris
50 gram halia – dihiris
1/2 tin susu cair
Empat sekawan – bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
1 biji tomato – dipotong empat
2 tangkai cili merah – belah dua
2 tangkai cili hijau – belah dua
5 gram daun sup atau daun bawang – potong 1 1/2 inci
3 gram daun ketumbar
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:
Masak nasi hanya selepas daging siap dimasak
1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.

Daging beriani:
1 kilogram daging – potong 10 ketulan
20 gram rempah beriani – campur sedikit air
1/2 cawan pes tomato
1/2 cawan sos tomato
50 gram bawang goreng
4 sekawan – bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
50 gram bawang merah – dikisar
20 gram bawang putih – dikisar
20 gram halia – dikisar
3 gram daun pudina – dikisar
3 gram daun ketumbar – dikisar
1/2 cawan minyak sapi
50 gram biji gajus goreng – ditumbuk kasar
50 gram kismis
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan yang sudah dikisar serta rempah, pes tomato, sos tomato, minyak sapi, daun pudina, ketumbar dan empat sekawan.

2. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan biji gajus dan kismis ke dalamnya.

3. Didih dengan api pelahan sehingga daging itu empuk dan tambah bahan perasa.

Tips:
* Beras mestilah berbau wangi dan cantik. Pilih basmati yang perlu dibasuh terlebih dulu sebelum direndam selama setengah jam.
* Bagi membolehkan daging lebih enak dan empuk, perap daging dengan rempah ratus dihasilkan sendiri selama setengah jam.
* Masak dalam api perlahan antara satu hingga dua jam supaya daging benar-benar empuk.
* Antara punca daging tidak menepati cita rasa adalah ia dimasak terlalu cepat dengan api tidak terkawal.

Untuk maklumat lanjut, layari www.residenceatuniten.com atau www.seripacific.com

- Selamat Menjamu Selera -

Post to Twitter Tweet This Post

Ketahui Apa Yang Anda Makan

Baru-baru ini disiarkan sebuah artikel dalam Utusan Online kenyataan daripada Dr. Saodah Abd. Rahman yang mengatakan umat Islam kini perlu mengawasi makanan ringan yang menggunakan label halal kerana terdapat bahan-bahan haram di dalam kandungan makanan tersebut. Agak pelik bila diminta memantau sendiri makanan ringan yang dah dilabelkan halal. Apa maknanya logo halal yang tertera pada bungkusan-bungkusan snek tu? JAKIM tersalah label ke? Persoalan paling penting siapakah pengemar snek paling ramai dan setia? Mampukah mereka memantau sendiri?
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Saya kembali!

Salam Semua! Rasanya sudah begitu lama blog ini tidak diupdate. Apa boleh buat, bila perkataan M yang cukup besar dalam diri mekar bak bunga Akasia… hehe… Apa pun semoga 2010 ini memberi lebih erti buat kita semua.

Seperti biasa di awalan setiap tahun pasti seribu satu azam akan dicipta. Berpandukan prestasi dan pengalaman kita di tahun 2009 pasti banyak yang kita boleh ubah di tahun ini, ye tak?. Bagi saya sendiri, sekurang-kurang saya mahu pastikan blog ini sentiasa diupdate daripada terus dibiarkan berkubur.

Terima kasih kepada anda yang mengunjungi blog ini dan pernah melanggan rss disini. InsyaAllah saya akan terus berkongsi info-info berguna untuk anda semua.

SELAMAT TAHUN BARU!

Post to Twitter Tweet This Post

Putrajaya Virtual Community

Dengar sini wahai penduduk-penduduk Petualang Tiga Putrajaya, sebuah forum komuniti baru sahaja diwujudkan khas buat warga Putrajaya. Tidak kiralah sama ada anda sekadar bekerja, pernah menetap atau bakal bekerja di Putrajaya, anda layak menyertai forum ini. Forum ini baru sahaja dilancarkan, sebarang cadangan atau idea bernas untuk penambahbaikan sememangnya dialu-alukan dan digalakkan. Sekurang-kurangnya forum ini dapat membantu dan memudahkan warga Putrajaya atau sesiapa sahaja untuk mencari serta berkongsi maklumat mengenai Pusat Pentadbiran Kerajaan ini. Siapa tahu lepas ni pak-pak menteri kita pun join sama… :D Jom la join, keahlian PERCUMA! :D Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

2008 Tanpa Sambutan Kemerdekaan

51 Tahun Kemerdekaan Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya 31 Ogos 2008. Saban tahun kita meraikan hari kemerdekaan negara dengan penuh kemeriahan dan semangat kenegaraan. Bendera Malaysia dikibarkan hampir di setiap tempat. Persiapan menjelang hari kebangsaan ini pada kebiasaanya dimulakan seawal dua atau tiga bulan. Namun begitu pada tahun ini, walaupun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi kita masih belum dapat melihat sambutan atau aktiviti dijalankan sempena hari kemerdekaan. Kenapa begitu suram sekali sambutannya pada tahun ini yer? Adakah disebabkan langkah berjimat cermat kerajaan di atas kenaikan harga minyak? Atau kerana terdapatnya pilihanraya kecil yang akan berlangsung sebelum 31 Ogos ini? Atau menghormati bulan ramadhan yang bakal tiba? Atau rakyat Malaysia sudah tiada semangat kenegaraan lagi? Oh! mungkin ada yang belum tahu, tahun ini merupakan sambutan ke 51 dan tema hari kemerdekaan bagi tahun ini ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jom kibarkan bendera! :D

Post to Twitter Tweet This Post

Apabila Berat Badan Bertambah


“Alamak, naik lagi 2 kilo!…”

Bagi sesetengah orang, masalah peningkatan berat badan memang merunsingkan dan kadang-kala boleh mengakibatkan tekanan mental. Peningkatan lebihan lemak terutama yang terkumpul di bawah dagu, lengan, paha, betis dan di perut sukar untuk dibendung dan bagi sesetengah orang agak memalukan. Rutin harian yang tidak produktif dan memakan makanan berkolestrol tinggi merupakan antara punca terjadinya masalah obesiti. Jadi, apa penyelesaian masalah ini? Setiap orang mungkin ada kaedah tersendiri dalam menguruskan berat badan, sama ada berjaya atau tidak itu bergantung kepada kesungguhan masing-masing. Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Jom Buat Blog

Ramai sebenarnya berminat untuk memiliki blog sendiri, tetapi tidak tahu menghasilkannya. Apa kita tonton tutorial mudah ini. Sekurang-kurangnya anda mempunyai sedikit gambaran kaedah menghasilkan sebuah blog. :D Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

SMS Hampeh

+60128439014: Hi Kawan! Nak tgk HOT Video Clip Dari Shopping Car Park? Taip ON YM dan htr ke 32988. Cuba la,video tu bagus.Pdftrn Free!
+60123386186: Hi,nak tgk video,gambar dan mtv yg panas Ku?Taip ON XMV hantar ke 37877.Semua Pdftran FREE.Cepat download skrang.Minta hebohkan.Frm:Siti(FWD MSG)
+60128036276: eh Amy, sy dpti melebihi 400 vedio lucu dirakam di hotel yang terPANAS! Ada jg pelbagai clip blh download. Ko taip ON MB lps tu htr ke 37800 je.. FREE daftar ba

Dalam hati ni sering mengutuk “hampeh betul la hotlink ni!” pada setiap kali menerima mesej-mesej seperti ini. Bukan sekali dua, malahan acap kali mesej sampah seperti ini dihantar tanpa diminta. Agaknya inilah cara paling mudah bagi Hotlink untuk mengaut keuntungan lebih dengan menghantar sms-sms hampeh sebegini kepada pelanggannya. Mungkin ada yang mengatakan bukan salah Hotlink kerana nombor penghantar adalah nombor persendirian dan bukan datangnya daripada Hotlink sendiri. Bukan yer? ini buktinya… Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Segarkan Mata Dengan Themes Baru

Hari ini saya menukar lagi themes blog ini untuk kesekian kalinya. Themes ini mungkin ada kekurangannya tersendiri tetapi sekurang-kurangnya mata saya dan mata pengunjung setia blog ini menjadi lebih segar untuk membaca post-post disini. Saya masih tetap menggunakan themes percuma walaupun sebelum ini saya ada menyatakan themes percuma berisiko, namun saya masih mengambil langkah berhati-hati dalam memilih themes. Kali ini saya bereksperimen dengan themes yang mempunyai 2 kolum sahaja, sahaja nak ubah selera. Apa pandangan anda mengenai themes? Mungkin terdapat ciri-ciri yang wajib ada di dalam sesebuah themes supaya boleh diiktirafkan sebagai the best themes in the world! :D

Post to Twitter Tweet This Post

No Guarantees

- Written By Azizi Ali

I spoke at a company in Malacca recently. We all had a great time, laughed and yes, learnt how to manage our money better.

At the end of the talk, a significant number of the participants rushed to get some of the products we had for sale at the back of the seminar room. Most of them were eager to pick more information so they will become even better in managing their finances.

From the corner of my eyes, I noticed a young man in the crowd looking at my two books. He would pick them up, put them down and repeat the process a couple of time. Finally, he turned to me and asked, “Mr. Azizi, can you guarantee that I will become a millionaire if I buy your books?
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post


Data Recovery