Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke seorang pakar tidur daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat. Beliau telah merumuskan bahawa… Continue reading ‘Tidur lama cepat mati’
Archive for the 'Tahukah Anda' Category
Baru-baru ini sebuah laman blog rasmi Kementerian Penerangan telah diwujudkan bagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia mengutarakan pandangan atau aduan mereka berhubung isu semasa atau dasar Kerajaan. Sejajar dengan perdebatan bersejarahnya yang lalu, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Chik kini mengorak langkah lebih berani dengan membuka blog ini untuk terus membuktikan kesungguhan dan ketelusan Kerajaan dalam membela nasib rakyat. Continue reading ‘Luah Perasaan di MyBlog’
Baru-baru ini saya ada menerima satu e-mel yang menyatakan mengenai misteri Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Kononnya masjid ini dikatakan berupa jelmaan jin dan anjing pada struktur binaan masjid tersebut dan video tersebut telah dirakamkan oleh seorang pelancong asing. Adakah perkara ini benar atau sekadar provokasi politik? saya tidak mahu memberi komen lanjut mengenai perkara ini, anda boleh lihat sendiri perbezaan dua gambar berikut. Continue reading ‘Kebenaran Misteri Di Masjid Kristal’
Jika anda merasakan nama tempat di negara New Zealand seperti gambar di atas merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai nama terpanjang di dunia, anda sebenarnya silap. Continue reading ‘Nama Tempat Terpanjang Di Dunia’
Tidak boleh dinafikan bagi sesetengah orang (terutama yang kurang berminat dengan aktiviti luar) blogging amat menyeronokkan dan kadang kala terasa semacam ketagihan. Namun ramai di kalangan blogger yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer kerana terlalu asyik blogging selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan menyebabkan otot-otot tubuh menjadi kaku, keras dan memedihkan mata. Selain itu turut mengundang ancaman lain yang berisiko tinggi kepada kesihatan. Continue reading ‘Blogging Boleh Menyebabkan Kematian’
Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia. Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti oleh yang lain.
Continue reading ‘Jom Poco-poco!’
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidiladha buat semua pengunjung blog ini yang beragama Islam. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk mengecapi hari yang penuh keberkatan ini dalam suasana aman dan gembira. Sambil kita menikmati juadah raya dan saling kunjung mengunjung, apa kata kita reviu balik kisah agung Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail. Semoga pengajaran daripada kisah ini akan mengajar erti pengorbanan yang sebenar kepada kita serta membakar semangat dan keazaman kita untuk menghadapi cabaran tahun 2008 tidak lama lagi.
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.



