Fantasy Premier League

Filed Under (Sukan) by hafez on 06-08-2008

Tagged Under : , ,

Fantasy Premier League 2008/2009 Mari menguji kebolehan anda menguruskan sebuah pasukan bola sepak dunia. Kumpulkan 15 pemain terbaik kegemaran anda mengikut peruntukan kewangan yang ada bagi membentuk satu pasukan untuk beraksi dalam Liga Inggeris yang akan bermula pada 16 Ogos ini. Cipta sebuah liga dan jemput rakan-rakan anda menyertainya, mata akan dikira sekiranya pemain yang anda pilih beraksi dalam setiap perlawanan dan mata tambahan akan diberi bagi setiap jaringan yang dilakukan. Untuk memenangi permainan ini amat mudah, pastikan anda memilih pemain yang akan sentiasa beraksi dalam Premier League sepanjang musim ini. Memilih pemain yang ternama tidak menjamin kemenangan anda kerana mereka mungkin mengalami risiko kecederaan atau direhatkan di bangku simpanan. Jadi, buat pilihan yang tepat, dan pastikan mata anda tidak berkurangan. :D

Fantasy Premier League 2008/2009

Cayalah Malaysia!

Filed Under (Sukan) by hafez on 30-07-2008

Tagged Under : , , ,

Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chelsea. Terima kasih kepada Razif kerana sudi menaja tiket grandstand yang berharga rm103(pehh!!) itu. Perlawanan yang menarik, meski pun pasukan Malaysia kelihatan agak tumpul di jentera serangan namun mereka masih mampu mengekang asakan pasukan Chelsea yang datang bertali arus. Mungkin ini adalah sebahagian daripada taktik B Sathianathan dalam menghadapi tentangan Chelsea. Read the rest of this entry »

Malaysia Bakal Menghadapi Gergasi Biru

Filed Under (Sukan) by hafez on 23-07-2008

Tagged Under : , , ,

Malaysia Vs ChelseaAwas! Gergasi Biru bakal memasuki Malaysia tidak lama lagi. Kemunculan mereka pasti akan mengegarkan seluruh Stadium Shah Alam pada 29 Julai ini.


Peminat dan penyokong kelab bola sepak Chelsea di Malaysia sudah tentunya tidak sabar untuk melihat bintang-bintang bola sepak kegemaran mereka beraksi di padang dan mempamerkan skil-skil yang hebat. Kedatangan Chelsea ke Malaysia adalah bagi memenuhi siri jelajah Asia yang dianjurkan oleh Samsung.


Perlawanan bertemu kelab antarabangsa seperti ini pasti menarik, walaupun kemenangan bukanlah menjadi agenda utama. Semoga dengan perlawanan yang julung-julung kali diadakan ini akan memberikan pengalaman yang cukup berguna kepada squad pilihan negara.


P/s: Chelsea Chelsea!