Saya pasti anda telah pun sedia maklum mengenai keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang baru sahaja diumumkan di akhbar-akhbar. Persaingan kali ini sememangnya cukup sengit dengan beberapa pengambilalihan kerusiĀ di Parlimen mahu pun di Dewan Undangan Negeri. Ini menunjukkan begitu hebatnya kuasa rakyat dalam menentukan masa depan negara. Continue reading ‘Selamat Bertugas Pemimpin Baru’
Archive for the 'Pilihanraya' Category
Secara tiba-tiba SPR telah membuat tindakan sedrastik ini. Tindakan ini secara tidak langsung telah mengurangkan ciri-ciri keselamatan undian yang akan dibuang sewaktu pilihanraya nanti . Anda ada sebarang komen?
Continue reading ‘SPR Batalkan Dakwat Pada Kuku’
Lagu ini ditujukan khas buat bakal-bakal pemimpin yang akan terpilih di dalam pilihanraya nanti. Semoga mereka dapat melaksanakan amanat yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi.
Continue reading ‘Lagu Khas Buat Bakal Pemimpin’
Saya baru sahaja kembali daripada bercuti di Hawaii kampung malam tadi, untuk seketika tidak dapat update blog ini memandangkan di sana liputan 3G tidaklah begitu memuaskan. Nampaknya suasana di kampung saya ketika ini sungguh meriah dengan kempen pilihanraya dan saya percaya di tempat-tempat lain juga tidak kurang meriahnya terutama selepas berakhirnya Hari Penamaan Calon pada 24 haribulan yang lalu.
Boleh saya katakan bahawa kebanyakkan bakal pengundi pada waktu ini sudah mempunyai pilihan hati dalam memilih bakal pemimpin atau wakil rakyat untuk penggal seterusnya. Bagi bakal pengundi yang baru sahaja layak mengundi tahun ini atau pertama kali mengundi, saya ingin berkongsi sedikit tips dengan anda. Tips ini mungkin dapat dijadikan panduan dalam memilih kriteria bakal pemimpin atau wakil rakyat yang betul-betul berkaliber dan mampu berkhidmat dengan penuh dedikasi di tempat anda.
Continue reading ‘Tips Untuk Pilih Wakil Rakyat’
Apa pandangan anda mengenai Pilihanraya 2008? Adakah anda mempunyai info atau fakta ekslusif yang menarik mengenai Pilihanraya yang boleh dikongsi bersama? En. Ismail N menawarkan wang tunai berjumlah RM25 untuk sebarang maklumat menarik mengenai Pilihanraya kali ini. Tawaran ini akan tamat pada 28 Februari 2008, jadi segeralah menghantar info anda kepada beliau.

Saya yakin ramai mengetahui mengenai pilihan raya umum kali ke 12 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri tidak berapa lama lagi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pilihan raya merupakan suatu event yang boleh dianggap paling kritikal kerana melibatkan masa depan negara. Pilihan raya seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Disebabkan penggal 5 tahun itu boleh dianggap suatu tempoh yang panjang, maka secara rasional kita sepatutnya tidak akan melepaskan peluang untuk membuang undi, betul tak?.
Continue reading ‘Kita Jumpa Di Pilihan Raya’