Istilah penempatan bukanlah perkara baru bagi penjawat awam. Penempatan bermaksud anda ditempatkan atau diarahkan untuk bertugas di sesuatu jabatan atau agensi kerajaan yang telah ditetapkan melalui surat arahan penempatan yang dikeluarkan oleh JPA. Kebiasaannya penempatan merujuk kepada penjawat awam yang baru saja dilantik, mendapat kenaikan pangkat atau bertukar. JPA telah mengkhususkan pegawai-pegawainya untuk menguruskan setiap skim perkhidmatan dan gred jawatan gunasama. Jadi, setiap pengambilan pegawai baru, pertukaran, atau kenaikan pangkat akan diuruskan oleh pegawai-pegawai ini disamping pegawai yang berada di jabatan atau agensi di mana anda ditempatkan.
Continue reading ‘Tips Memulakan Tugas Di Tempat Baru’
Archive for the 'Penolong Pegawai Teknologi Maklumat' Category
Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:
Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.
Continue reading ‘Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan’
Bermula daripada 3 hingga 18 September ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan sesi temuduga untuk calon-calon Pegawai Teknologi Maklumat (PTM). Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya disenarai pendek oleh SPA untuk temuduga ini.
Tidak mudah sebenarnya untuk layak dipanggil menghadiri temuduga seperti ini kerana bilangan calon yang memohon adalah terlalu ramai berbanding kekosongan jawatan yang ditawarkan. Jika anda pernah memohon sebelum ini, anda boleh semak status permohonan anda di sini. Pengambilan ini adalah untuk mengisi beberapa kekosongan gred F41 selepas berlakunya pengstrukturan semula (re-org) hampir di setiap agensi Kerajaan. Continue reading ‘Contoh Soalan Temuduga PTM F41′
Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.
Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.
Continue reading ‘Contoh Soalan Temuduga PPTM’
Berkuatkuasa 15hb. Januari 2008, kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis. Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.
Tujuan utama pemakaian batik ini adalah untuk mempromosikan industri batik negara. Sememangnya usaha ini amat baik dalam membantu industri kecil dan sederhana(IKS) yang terlibat secara langsung dalam perusahaan batik untuk terus berkembang selain dapat memberi imej kakitangan kerajaan yang lebih menarik. Semoga dengan adanya imej yang menarik, mutu kerja dan prestasi kakitangan awam juga akan turut meningkat.
HUKUM GAJI PENJAWAT AWAM
Soalan :
Apakah hukum sumber rezeki bagi penjawat jawatan di dalam kerajaan Malaysia? Apakah hukum bagi pendukung agama dan kakitangan organisasi jabatan agama yang mengambil gaji/upah didalam menyampaikan agama Islam seperti mana yang dinyatakan didalam hadis dan Al-Quran?
Apakah pula hukum bagi manusia yang Islam yang mengubah hukum Islam dan apa pula hukum bagi mereka yang melaksanakannya?
Bagi jabatan agama Islam yang melaksanakan hukum sebagai contoh ZINA dengan bayaran matawang tidakkah di kira sebagai mengubah sesuatu hukum? Dan sebagai mana jawapan tuan berkisar mengenai perkara sembahyang seperti diatas, tidakkah tuan tertakluk sebagai orang yang mengubah hukum dan tidak kah tuan termaktub sebagai mana orang yang murtad dan layak untuk dipancung jua? Atau adakah alasan lain yang menyokong pendirian tuan? Harap tuan memberi penjelasan kepada saya jika tidak disiarkan didalam web sekalipun mohon jasa baik tuan menjawab didalam email saya.
Continue reading ‘Halalkah Bekerja Sebagai Penjawat Awam’
SKIM PERKHIDMATAN
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM)
PERINGKAT ORGANISASI
Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan
RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
SKOP FUNGSI BIDANG TUGAS
Bidang tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat secara umumnya adalah seperti berikut:
a. membangun aturcara baru dan menyelenggara aturcara sedia ada untuk sesuatu aplikasi sistem maklumat dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna;
