Seperti anda sedia maklum, kebanyakkan bank di negara ini telah menyediakan kemudahan online banking kepada pelanggannya. Antara online banking paling popular ketika ini adalah seperti Maybank2u dan CimbClick. Saya pasti kebanyakkan daripada anda pernah membuat sekurang-kurangnya sekali transaksi menerusi online banking. Tidak perlulah dinyatakan di sini betapa kemudahan online banking ini amat membantu dan memudahkan urusan anda dengan bank selama ini.
Namun, disebalik keselesaan dalam menggunakan online banking, terdapat ancaman yang anda perlu sentiasa berwaspada. Antaranya adalah seperti emel seperti ini. Continue reading ‘Jangan Jadi Mangsa Emel Daripada Bank’
Hari ini komuniti Joomla! telah mengumumkan Joomla! siri 1.5.6 (Vusani) telah sedia untuk dipindahturun. Versi ini adalah untuk menangani isu keselamatan tahap tinggi di mana terdapat masalah di dalam fungsi untuk mengingati kata laluan dan disarankan agar semua pengguna Joomla! upgrade Joomla! masing-masing dengan segera.
