Dunia Baru The Movie
Posted by hafez on February 13th, 2008Sewaktu menonton filem Dunia Baru The Movie baru-baru ini, terlintas di fikiran berapa ramaikah di kalangan wanita kini yang mempunyai teman lelaki kurang waras (psycho) seperti watak Fazley(Hafiz). Sungguh pun watak Fazley dalam filem ini dilakonkan secara komedi, namun secara realitinya watak ini wujud di dalam masyarakat kita dan semakin meningkat bilangannya. Ramai wanita yang dilaporkan menjadi mangsa penderaan teman lelaki mereka sendiri hinggakan ada yang tekad untuk membunuh diri akibat tidak tahan diperlakukan dengan keterlaluan.
Jika anda sering mengikuti ruangan agama atau ruangan khidmat kaunseling di dalam akhbar atau majalah, anda pasti pernah terbaca mengenai kes-kes seperti ini. Dalam banyak kes, mangsa kebiasaannya tidak dapat keluar daripada belenggu teman lelaki mereka kerana telah diperangkap dengan pelbagai jenis ugutan. Ada pula sesetengahnya masih lagi boleh menyatakan perasaan sayang terhadap teman lelakinya walaupun saban hari didera dengan teruk. Penderaan bukan sahaja dilakukan secara mental malah secara fizikal dan seksual terhadap mangsa.

Recent Comments