Bayangkan suatu hari nanti harga nasi lemak (biasa) RM4 sebungkus, teh 0 RM2 secawan, roti canai RM1.50 sekeping, bihun goreng RM3 sepinggan, dan purata kuih-muih dijual RM1 sebiji. Bukan itu saja, malah caj perkhidmatan seperti dobi, kurier, astro, broadband, dan pusat asuhan kanak-kanak turut meningkat secara mendadak gara-gara GST, sedangkan pendapatan anda masih tidak berubah. Katakan anda telah mengumpul wang untuk perbelanjaan kahwin sebanyak RM20,000, selepas ini anda mungkin terpaksa menggandakan jumlah tersebut dan menangguhkan perkahwinan anda sehingga wang mencukupi.
Continue reading ‘Antara Harga Gula dan GST’
Archive for the 'Ekonomi' Category
Pada 8 Jun lalu saya ada membuat satu post mengenai kronologi peningkatan harga minyak petrol di Malaysia semenjak tahun 1990 hingga 2008. Saya mempersoalkan setinggi mana harga yang sanggup kita bayar tanpa menjejaskan kehidupan seharian. Namun kini, apa yang berlaku harga minyak di Malaysia telah mengalami penurunan yang selama ini tidak pernah terjadi dalam tempoh lebih kurang 9 tahun. Apa komen anda? Continue reading ‘Kronologi Harga Minyak Petrol Malaysia – Siri 2′
Ramadhan baru saja bermula, namun persediaan untuk menyambut Aidilfitri sudah mulai bermain-main di fikiran. Ditambah pula dengan pemberian bonus seperti yang diwar-warkan di dalam Bajet 2009 baru-baru ini menambahkan lagi keghairahan untuk menyambut hari besar itu. Raya tanpa kuih muih raya, bagaimanalah agaknya yer?
Continue reading ‘Beli Belah Kuih Raya Online’
Apakah relevannya yer? Mungkin saya terkeliru, boleh sesiapa tolong jelaskan?
Harga petrol, diesel turun
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter dan diesel diturunkan 8 sen dari RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa mulai esok. Pada masa yang sama, harga runcit petrol RON92 dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.
Petikan Utusan Malaysia 23/08/2008
Continue reading ‘Harga Minyak Turun Tambang Bas Naik’

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk memberi peluang kepada kakitangan awam menceburkan diri dalam perniagaan secara sambilan untuk menghadapi krisis kenaikan harga. Kerajaan bersetuju untuk menambah permit peniaga kecl dan penjaja dalam usaha membantu kakitangan awam yang berpendapatan rendah. Pada pandangan saya, tindakan kerajaan ini amat bertepatan dan perlu disambut baik. Ini adalah peluang bagi kakitangan awam untuk berusaha menambah pendapatan yang sedia ada daripada terus bergantung kepada gaji yang diterima setiap bulan.
Walaupun ramai daripada kita masih lagi tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak secara mendadak namun bak kata orang “hidup ini perlu diteruskan”. Adalah lebih baik kita berbuat sesuatu daripada terus menyalahkan kerajaan dan hidup dalam kesempitan. Jadi, marilah kita mula belajar berniaga sekarang dan ubah nasib hidup kita.
Continue reading ‘Masa Untuk Berniaga’
Baru-baru ini seorang kawan sepejabat recommend sebuah produk terbaru keluaran Cosway iaitu AutoMax Nanotech Fuel Enhancer. Produk ini dikatakan mampu menjimatkan penggunaan minyak petrol sebanyak 25% dan diesel sebanyak 15%, disamping dapat memelihara alam sekitar ketahanan enjin. Saya belum lagi berkesempatan untuk mengujinya, namun setakat ni belum lagi kedengaran komen negatif mengenainya. Jaminan juga diberi sekiranya berlaku kerosakkan kepada enjin selepas menggunakan produk ini.
Saya tertarik dengan emel yang saya terima baru-baru ini mengenai kronologi peningkatan harga minyak petrol di Malaysia semenjak tahun 1990 hingga 2008. Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri mengenai kronologi ini, namun bagi saya kenaikan harga petrol ini sesuatu yang lumrah cuma soalnya setinggi mana harga yang sanggup kita bayar tanpa menjejaskan kehidupan seharian.
Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) dilaporkan telah berada pada paras terendah dalam Bursa Saham Kuala Lumpur tengahari semalam dan terpaksa digantung selama sejam. Kejatuhan teruk pasaran saham ini dikatakan berpunca daripada Continue reading ‘Ekonomi Malaysia Dalam Bahaya’
Isu harga minyak di Malaysia ketika ini masih menjadi tanda tanya memandangkan harga minyak di pasaran dunia masih berada di paras yang tinggi. Musim pilihanraya kali ini banyak pula parti yang bertanding menjamin tidak akan berlaku kenaikan, semoga isu ini tidak dijadikan sebagai modal untuk meraih undi dan akhirnya kembali membebankan rakyat.
Continue reading ‘Harga Minyak Dilema Rakyat Malaysia’
“Apa kata hari ni kita makan sedap sikit..” itu antara ayat pelawaan yang selalu digunakan apabila tibanya hari gaji. Hari gaji merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pekerja makan gaji di serata dunia. Suasana di hari gaji biasanya lebih meriah berbanding hari-hari biasa. Kita akan dapat lihat kemeriahan dan keceriaan menakluki setiap ruangan di restoren-restoren, shopping complex, pusat-pusat hiburan, dan tempat paling sibuk di hari gaji iaitu di mesin-mesin ATM.
Sesetengah orang dari awal lagi sudah menyediakan perancangan tersendiri untuk menggunakan wang gaji itu di tempat yang sepatutnya, namun tidak kurang juga ada yang merasakan hari gaji adalah hari untuk kita enjoy! (sebutan ala-ala Nora Danish dalam sitkom Puteri). Apa pun yang anda ingin lakukan terhadap wang gaji anda, itu adalah hak mutlak anda. Tiada siapa yang dapat menafikannya, kerana wang gaji adalah bayaran kepada titik peluh anda dalam melaksanakan tugas harian dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Nasihat saya, hargailah hasil keringat anda ini dan gunakanlah sewajarnya.
Selamat Hari Gaji!