Posted by hafez on July 26th, 2008

Ya, jadikan mereka mentor anda sekarang kerana mereka merupakan barisan mentor terbaik untuk mengubah hidup anda menjadi seorang yang sentiasa berduit atau JUTAWAN. Jika anda tidak berkeinginan menjadi seorang jutawan (fobia kot..), sekurang-kurangnya ubahlah hidup anda supaya setiap kali berlaku kenaikan harga minyak anda tetap boleh menjalani hidup seperti biasa dan tidak perlu mengurangkan perbelanjaan lagi.
Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Posted by hafez on July 7th, 2008
“Kereta dah ada, rumah dah ada, duit simpanan dah cukup, calon pun dah ada, apa yang kamu tunggu lagi Abu?? Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang…” nasihat Kasim kepada sahabat baiknya.
Dialog di atas antara dialog yang paling biasa kita dengar. Kini, ramai sebenarnya lelaki bujang yang sudah memiliki hampir semua keperluan untuk berumah tangga, tetapi masih ramai yang tidak berani untuk melangkah ke alam rumah tangga. Pelbagai alasan yang diberi termasuklah sibuk dengan urusan kerja, hendak membantu ibu bapa dan adik-adik, belum bersedia, belum jumpa calon yang sesuai dan bermacam-macam lagi. Ada juga sesetengahnya tidak sanggup untuk berhadapan dengan jurunikah dan dikerumuni oleh sanak saudara dan rakan-rakan sewaktu berlangsungnya upacara akad nikah kerana takut gugup.
Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Posted by hafez on January 30th, 2008

Baru-baru ini Dr. Irfan Khairi telah menerbitkan sebuah lagi buku yang bakal laris di pasaran bertajuk Nota Jutawan Nota Motivasi, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Menurut beliau, buku ini mengandungi pelbagai info dan tips motivasi jutawan yang ditulis dalam bentuk nota supaya kelihatan lebih menarik, mudah untuk dibaca dan difahami pembaca. Saya sudah membuat tempahan buku ini secara online, dan sedang menunggu penghantarannya. Jika berminat, anda boleh dapatkan buku ini yang berharga RM39.90 menerusi blog beliau atau di MPH.
Tweet This Post
Posted by admin on December 27th, 2007
Ustaz Zaharuddin kini telah menerbitkan sebuah buku karangan beliau sendiri yang mana sebahagian besar isi kandungannya adalah mengenai kewangan Islam yang halal tanpa riba. Buku ini sebenarnya merupakan kompilasi daripada artikel-artikel dan ulasan beliau di dalam laman webnya zaharuddin. net. Beliau merupakan antara pakar ekonomi dan perbankan Islam yang berpengalaman luas, dan nama beliau sendiri agak dikenali kerana kelantangannya memerangi pelaburan internet yang begitu terkenal di negara kita suatu ketika dulu.

Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Recent Comments