Browse By

Cara Melabur dalam Unit Amanah

Sekiranya anda tidak mempunyai masa, pengetahuan atau malas, tak mahu belajar mengenai pelaburan saham secara terperinci, maka amanah saham adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Sebabnya mudah, ia diuruskan oleh pengurus dana professional. Tetapi harus diingat, tiada dana amanah saham yang kebal dari kemeruduman ekonomi. Sebijak-bijak pengurus dana professional, Mr Market adalah jauh lebih bijak.

Justeru, anda tidak perlu shopping dana amanah saham yang perfecto! Anda hanya perlu mencari dana yang sesuai dengan matlamat pelaburan anda dan risk-profile anda.

Mulakan dengan.
1. Dapatkan ejen yang berpengalaman

Ejen yang berpengalaman adalah ejen yang sudah lama berkecimpung dalam industri ini. Tempoh masa. barangkali paling sedikit pengalaman beliau adalah 3 tahun. (Oh, kepada konsultan baru, ini adalah cabaran untuk anda agar kekal dalam industri melebihi tempoh tersebut)

Kenapa?

Anda mahukan seorang yang serius menguruskan wang anda. 3 tahun adalah tempoh yang boleh dikatakan tempoh mencukupi untuk menjadikannya seorang konsultan yang serius dan bersikap professional.

2. Beritahu apa matlamat pelaburan anda

Persaraan? Sudah tentu ia memakan plan anda memakan masa 20-30 tahun.

Pendidikan anak-anak? Sudah tentu ia memakan masa sehingga 10-18 tahun.

Anda ingin wang menjadi double selepas 1 tahun? Oh. sekiranya begitu saya rasa anda lebih baik menggunakan duit tersebut untuk mempelajari ilmu pelaburan saham.

3. Kenal pasti risiko yang anda anda sanggup ambil

Dana ekuiti adalah dana yang mampu memberikan pulangan yang lebih baik. Tetapi adakah anda sanggup mempertaruhkan pelan persaraan anda untuk melalui turun naik pasaran saham?

Dana bon pula adalah lebih selamat. Tetapi adakah ia mencukupi untuk anda mencapai matlamat kewangan anda 20 tahun kelak?

Ia pilihan anda.

4. Pilih dana yang terbukti memberikan pulangan konsisten

Melaburlah di dalam dana yang terbukti memberikan pulangan yang konsisten kepada pelaburnya. Sekali lagi, carilah yang dana yang telah mempunya track record yang konsisten paling kurang selama 3 tahun. Lagi lama ia terbukti konsisten, maka ia adalah lebih baik.

5. Pilih dana yang mempunyai yuran yang rendah

Dana yang mempunyai yuran yang mahal tidak menjamin ia pasti memberikan pulangan yang hebat. Dana yang mempunyai yuran yang rendah tidak semestinya memberikan pulangan yang rendah.

Yuran yang perlu anda lihat adalah:

1. Entry fee (5-8%)
2. Annual Management fee (0.5-2%)
3. Switching Fee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...