Tabung Haji bayar bonus tertinggi?
PUTRAJAYA 17 Jan. – Tabung Haji dijangka mengumumkan pembayaran bonus tertinggi dalam sejarah operasi institusi itu kepada lebih 5.2 juta pendepositnya awal bulan depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, kadar bonus itu ‘sangat lebih baik dan menggembirakan’ berikutan prestasi ekonomi negara yang semakin baik.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan kadar bonus berkenaan kerana ‘tiada kejutan’ untuk pendeposit jika diumumkan awal.
‘‘Saya beritahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kutipan zakat yang begitu tinggi membuktikan perkembangan ekonomi yang baik termasuk institusi di bawah saya (Tabung Haji),” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
-
hafez
-
IbnRajab
-
admin
-
Paypal2u Bloggers
-
admin
-
BonoRiau