Browse By

Blogging Boleh Menyebabkan Kematian

Tidak boleh dinafikan bagi sesetengah orang (terutama yang kurang berminat dengan aktiviti luar) blogging amat menyeronokkan dan kadang kala terasa semacam ketagihan. Namun ramai di kalangan blogger yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer kerana terlalu asyik blogging selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan menyebabkan otot-otot tubuh menjadi kaku, keras dan memedihkan mata. Selain itu turut mengundang ancaman lain yang berisiko tinggi kepada kesihatan.

Menurut kajian daripada Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand, pekerja pejabat atau sesiapa sahaja yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di depan komputer berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital yang disahkan mengidap Deep-vein thrombosis (DVT) atau darah beku, adalah terdiri daripada mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep-vein thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil daripada aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Perkara ini menjadi lebih buruk apabila bilik yang diduduki adalah berhawa dingin di mana udara sejuk di dalam bilik itu akan mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pesakit yang mengidap masalah itu secara purata duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34% dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah terdiri daripada mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan hanya duduk di kerusi, sementara 21% pengidap lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh berpindah ke jantung, paru-paru atau otak dan boleh menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang daripada kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Oleh itu wahai para blogger sekalian, beringat-ingatlah sebelum terlambat. Kesihatan perlu sentiasa diutamakan di dalam apa jua yang kita lakukan. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh www.mohdhafez.net. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.paypal2u.com/blog/ Paypal2u Bloggers

    Waaaaa….takut la… Kalau mati tengah berblog… tak tau la apa orang akan cakap…

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Amalkan cara hidup sihat, blogging secara sederhana 😀

  • xpo

    huhu ni yang takut ni

  • wazy

    wahhh gerun juga bila terbaca entri saudara ni

  • http://babycutekami.blogspot.com/ LiFeKaMi

    yang taksub sgt tu kenapa..