“Apa kata hari ni kita makan sedap sikit..” itu antara ayat pelawaan yang selalu digunakan apabila tibanya hari gaji. Hari gaji merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pekerja makan gaji di serata dunia. Suasana di hari gaji biasanya lebih meriah berbanding hari-hari biasa. Kita akan dapat lihat kemeriahan dan keceriaan menakluki setiap ruangan di restoren-restoren, shopping complex, pusat-pusat hiburan, dan tempat paling sibuk di hari gaji iaitu di mesin-mesin ATM.
Sesetengah orang dari awal lagi sudah menyediakan perancangan tersendiri untuk menggunakan wang gaji itu di tempat yang sepatutnya, namun tidak kurang juga ada yang merasakan hari gaji adalah hari untuk kita enjoy! (sebutan ala-ala Nora Danish dalam sitkom Puteri). Apa pun yang anda ingin lakukan terhadap wang gaji anda, itu adalah hak mutlak anda. Tiada siapa yang dapat menafikannya, kerana wang gaji adalah bayaran kepada titik peluh anda dalam melaksanakan tugas harian dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Nasihat saya, hargailah hasil keringat anda ini dan gunakanlah sewajarnya.
Selamat Hari Gaji!
-
hafez
-
syamsulariff.com
-
Hafez
-
Paypal2u Bloggers
-
lisa