Ramadhan baru saja bermula, namun persediaan untuk menyambut Aidilfitri sudah mulai bermain-main di fikiran. Ditambah pula dengan pemberian bonus seperti yang diwar-warkan di dalam Bajet 2009 baru-baru ini menambahkan lagi keghairahan untuk menyambut hari besar itu. Raya tanpa kuih muih raya, bagaimanalah agaknya yer?
Dodol, bahulu, almond london, tat nenas dan pelbagai lagi jenis kuih raya sememangnya menjadi tarikan dan perhatian kita di bulan puasa ini. Apa yang paling menarik tahun ini kita sudah boleh menempah kuih-muih raya ini secara online. Anda hanya cuma perlu pilih, buat pembayaran secara online dan tunggu tempahan anda itu sampai ke rumah. Tidak perlu lagi berbaris bersesak-sesak membeli di pasar-pasar ramadhan dan tidak perlu bersusah-susah membimbit kuih muih tersebut ke sana sini ketika hendak memilih baju raya dan anda juga dapat menjimatkan wang parking, bayaran tol mahu pun minyak kenderaan anda.
En. Suhaimy telah menyediakan kemudahan membeli belah kuih raya ini untuk anda yang sering sibuk dengan tugas seharian di pejabat. Saya sekadar berkongsi info mengenai perkhidmatan yang beliau sediakan, mudah-mudahan dapat membantu anda di bulan yang penuh keberkatan ini. Jom shopping kuih raya!!