Browse By

Apakah Value Investing?

Jika diberi pilihan dua kaunter saham yang berharga RM5 dan RM25. Yang manakah mempunyai nilai yang lebih baik? Jawapan yang tepat bukan RM5 dan bukan juga RM25. Kerana anda tidak akan dapat membandingkannya. Anda hanya dapat mengatakan saham RM5 lebih rendah harganya. Masalahnya, harga rendah tidak bermakna ia lebih bernilai tinggi.

Jika saya pergi ke pasar membeli dua jenis barang. Sebiji bawang berharga RM5 dan 50 kilo gula berharga RM25. Anda pasti dapat membuat kesimpulan bahawa saya membayar harga yang mahal untuk sebiji bawang, tetapi memperolehi harga murah untuk gula.

Harga yang anda bayar untuk sesuatu barang (murah atau mahal) bergantung kepada nilai sebenar barangan tersebut. Isu ini menjadi inti utama dalam konsep value investing, iaitu, membeli saham sesuatu syarikat pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar syarikat tersebut.

 

Sumber: Blog Saham Baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • tahrbss

    Betul tu. Nilai saham asas mahal tak bererti lebih bagus..