Browse By

Apakah Nasib Pengguna Windows XP

Hari ini, 8 April 2014 dengan secara rasminya Microsoft menamatkan sokongannya terhadap Windows XP setelah hampir 13 tahun digunakan. Ini bermakna komputer-komputer yang masih menggunakan sistem pengoperasian (OS) ini akan terdedah kepada serangan pengganas virus dan pengodam. Mengikut tinjauan yang dibuat oleh beberapa agensi IT terkemuka seperti Tech Pro Research dan Redmond magazine hampir 1/3 pengguna Windows masih menggunakan Windows XP di seluruh dunia.

Di negara kita sendiri masih banyak syarikat-syarikat swasta dan badan-badan kerajaan menggunakan Windows XP memandangkan OS ini telah dianggap stabil untuk menyokong sistem-sistem sedia ada. Tambahan pula OS terkini yang berada di pasaran memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi. Peralihan kepada OS baru akan menimbulkan risiko kegagalan sistem dan sekaligus menambahkan kos operasi dan selenggara. Dalam hal ini saya rasa sebagai pengguna kita hanya ada tiga pilihan iaitu:

a. Tingkatupaya kepada OS dan komputer berspesifikasi terkini dan bersedia dengan peruntukkan yang besar untuk penyesuaian dengan sistem sedia ada.
b. Mengekalkan penggunaan Windows XP dan selenggara sendiri OS tersebut serta bersedia dengan risiko-risiko ancaman virus dan pengodam.
c. Beralih kepada OS perisian terbuka seperti Linux, Unix atau Mac dengan kos yang lebih rendah dan bersedia untuk belajar perkara baru memandangkan OS alternatif ini tidak semuanya mesra pengguna.

Desktop Windows XP

Desktop Windows XP

Inilah nasib yang tepaksa diterima sebagai pengguna Windows XP. Setelah hampir 13 tahun, mungkin tibalah masanya untuk kita beralih kepada yang lebih moden mengikut peredaran zaman. Jika anda pernah melalui peralihan daripada Windows 98 kepada Windows XP Zaman 2k dahulu pastinya sekarang tiada bezanya. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...