Browse By

Apakah Harapan Anda Dalam Bajet 2009?

Pada 29hb Ogos 2008 jam 4.00 petang, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membentangkan Bajet 2009 yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Pembentangan bajet kali ini dibuat dua bulan lebih awal memandangkan tarikh asal iaitu pada hari Jumaat minggu terakhir bulan Oktober telah jatuh di dalam bulan Ramadhan. Pelbagai spekulasi telah diperkatakan mengenai bajet kali ini. Paling menarik dan sedap didengar, desas desus ada mengatakan akan ada kenaikan had minimun cukai pendapatan, pemberian bonus dan kenaikan elaun sara hidup (cola) untuk kakitangan awam.

Namun, menurut Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam kenyataannya pada 14 Januari yang lalu, kerajaan masih lagi mensasarkan untuk mengurangkan kadar defisit daripada 3.2 peratus tahun lalu kepada tiga peratus tahun ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah tentunya mempunyai harapan yang tinggi di dalam setiap pembentangan bajet yang dilaksanakan setiap tahun.

Harapan saya pula tidaklah banyak, cuma:
1. Elaun Kos Sara Hidup (Cola) untuk kakitangan awam ditingkatkan.
2. Bonus tahunan diberikan.
3. Kawalan harga makanan dimantapkan.
4. Perkhidmatan kenderaan awam ditingkatkan.

Mungkin anda boleh berkongsikan harapan anda juga disini. 😀

P/s: Ucapan Pembentangan Bajet 2009 boleh disaksikan secara langsung di dalam Portal Perbendaharaan.

zp8497586rq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://hortaku.blogspot.com/ boneka horta

    menarik bos. update terus ya…salam kenal. Mau mainan anak yang menarik, inovatif dan interaktif? cek di http://hortaku.blogspot.com.