Browse By

Apabila Berat Badan Bertambah


“Alamak, naik lagi 2 kilo!…”

Bagi sesetengah orang, masalah peningkatan berat badan memang merunsingkan dan kadang-kala boleh mengakibatkan tekanan mental. Peningkatan lebihan lemak terutama yang terkumpul di bawah dagu, lengan, paha, betis dan di perut sukar untuk dibendung dan bagi sesetengah orang agak memalukan. Rutin harian yang tidak produktif dan memakan makanan berkolestrol tinggi merupakan antara punca terjadinya masalah obesiti. Jadi, apa penyelesaian masalah ini? Setiap orang mungkin ada kaedah tersendiri dalam menguruskan berat badan, sama ada berjaya atau tidak itu bergantung kepada kesungguhan masing-masing.

Anda mungkin ada jawapannya, sama ada belum, sedang atau telah mengalami masalah ini. Pada pandangan anda, sekiranya anda berhasrat mengurangkan berat badan apakah kaedah terbaik yang anda sanggup lakukan?

[poll id=”3″]

Saya bukanlah cuba mempromosikan produk-produk pelansing badan di sini. Saya cuma ingin mendapat kepastian apakah kaedah paling mujarab yang boleh digunakan sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang mempunyai masalah seperti ini.

Sedikit petua orang-orang lama yang dipetik daripada emel:

1. Minum Air Limau Nipis
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Minum Teh Cina
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Minum Air Asam Jawa
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Minum Teh Cini + Kayu Manis + Madu
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Minum Limau Nipis + Teh Tanpa Gula
Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

6. Sapukan Kapur + Limau Purut
Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Sapukan Limau Nipis + Kapur Sirih
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

[poll id=”3″ type=”result”]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • lyn

    badan saya naik 2kilo mcmana nak kuruskan balik,perut jadi buncit

  • gadis

    o..i try!tp ssh tau mo kruskn bdan..tlg sya..skrg ne brt bdn sya 58 n bru jak fom 4…pliz..

  • http://www.komputercenter.com/aten-c-35 ATEN

    emang untuk urusan kurus bisa bikin pusing 7keliling tapi masuk akal juga faedahnya boleh dicoba tuh

  • mohdhafezharun

    salammm.bg saya berpuasalah ddpt mengawal berat badan dan merehatkan enjin-enjin kite yang sentiasa berjalan ni.dalam puasa juga kite kene mengawal pemakanan semasa berbuka.tq

  • thiqah

    emm sy mau tanya jika kita minum air asam limau tu xada kesan sampingan kerr???