Browse By

Antara kerja dan keluarga

Ramai orang menganggap bahawa adalah sesuatu yang mustahil untuk mengimbangi masa antara kerjaya dan keluarga. Namun sebenarnya terdapat beberapa langkah mudah untuk mempunyai kerjaya yang baik disamping mengekalkan hubungan keluarga yang intim. Antara langkahnya adalah:

Langkah 1: Jangan campur-adukkan antara kerja dan keluarga.

Anda harus tentukan sendiri masa yang tetap, di mana anda akan berhenti daripada memikirkan tentang kerja dan mula meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Malang sekali tidak ramai yang mampu berbuat demikian, malah ketika bersolat pun masih boleh memikirkan masalah yang berlaku di tempat kerja.

Untuk mengatasi masalah ini, catatkan kekangan anda. Seboleh-bolehnya cuba habiskan semua kerja anda mengikut masa yang ditetapkan di waktu pejabat. Pastikan anda tidak membawa sebarang dokumen atau kertas kerja ke rumah.

Langkah 2: Pastikan hujung minggu anda yang terbaik.

Bagi kebanyakkan orang, hujung minggu adalah satu-satunya masa untuk mereka menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga. Untuk mengekalkan keseimbangan kerja dan keluarga, pastikan anda melakukan sesuatu yang istimewa yang mana dapat menghimpunkan semua ahli keluarga pada setiap hujung minggu. Contohnya, pada setiap malam sabtu anda menganjurkan sebuah permainan yang perlu disertai oleh setiap ahli keluarga atau pun mungkin membuat giliran memasak.

Langkah 3: Elakkan kerja lebih masa.

Kerja lebih masa akan membuang tenaga dan masa yang tinggal untuk bersama keluarga. Disamping membuatkan anda keletihan, anda tidak akan berminat untuk melakukan sebarang aktiviti yang menarik bersama keluarga di hujung minggu. Tidak dinafikan, kadang kala anda menghadapi tekanan untuk menyiapkan kerja untuk mengejar tarikh tamat yang makin hampir. Bagaimana pun, jika anda boleh merancang dan menguruskan jadual untuk mengelakkan daripada melakukan kerja lebih masa adalah lebih baik.

Seperti mana langkah yang diberikan, mengimbangi antara kerja dan keluarga adalah tidak sukar. Paling penting anda harus bersedia untuk mengubah diri mengikuti tips-tips ini dan mengawasi diri sendiri daripada menghabiskan masa yang terlalu banyak di tempat kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga. Selagi anda sedar akan keutamaan yang harus diberikan, maka anda tidak akan menghadapi masa untuk mengimbangi dua perkara ini.

zp8497586rq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...