Browse By

Antara Harga Gula dan GST

Bayangkan suatu hari nanti harga nasi lemak (biasa) RM4 sebungkus, teh 0 RM2 secawan, roti canai RM1.50 sekeping, bihun goreng RM3 sepinggan, dan purata kuih-muih dijual RM1 sebiji. Bukan itu saja, malah caj perkhidmatan seperti dobi, kurier, astro, broadband, dan pusat asuhan kanak-kanak turut meningkat secara mendadak gara-gara GST, sedangkan pendapatan anda masih tidak berubah. Katakan anda telah mengumpul wang untuk perbelanjaan kahwin sebanyak RM20,000, selepas ini anda mungkin terpaksa menggandakan jumlah tersebut dan menangguhkan perkahwinan anda sehingga wang mencukupi.

Dijangkakan menjelang tahun 2011, kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax – GST) sebanyak 4 peratus bagi menampung dan mengurangkan kadar defisit belanjawan yang kian meningkat saban tahun serta meminimakan kebergantungan terhadap Petronas. Cukai sedia ada seperti cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan 5 peratus yang hanya dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan terpilih akan dimansuhkan sebaliknya digantikan dengan GST yang bersifat menyeluruh yang mana dikenakan terhadap semua jenis barangan pengguna kecuali barangan keperluan. Dikatakan juga secara berulang-ulang kali antara negara yang masih belum mengamalkan GST selain Malaysia adalah Brunei dan Myanmar.

Secara peribadi saya tidak fikir tindakan kerajaan mengenakan GST adalah langkah yang bijak dalam memulihkan ekonomi negara sedangkan pendapatan purata rakyat masih di tahap yang rendah. Walaupun subsidi dan pengecualian tetap diberikan terhadap barangan keperluan dan kepada syarikat dengan perolehan pendapatan di bawah RM500,000 namun bebanannya masih amat terasa. Persoalannya adakah GST adalah satu-satu jalan penyelesaikan kepada masalah ekonomi negara? Dikala masih lagi terdapat rakyat miskin dan pendapatan rakyat yang hanya “cukup makan”, tidak wajar GST dilaksanakan sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • sebolku

    Kerana itu nilai perlu disimpan dalam emas supaya nilai 20k itu tidak jatuh.