Browse By

Ada Apa Dengan Ais?

Tahukah anda ketulan ais mampu membantu mengelakkan sifat pelupa? Dr. Ariffaizal di dalam blognya ada menyenaraikan pelbagai kelebihan ais yang jarang diketahui umum termasuk mengubati penyakit lupa yang kronik. Blog beliau juga turut menyediakan pelbagai jenis artikel dan kajian mengenai rawatan perubatan yang sangat menarik untuk dibaca. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan beliau sama ada daripada segi khidmat nasihat atau pun rawatan. Berikut adalah petikan artikel beliau mengenai kelebihan ais.

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara saintifik, dalam blog ini telah diterangkan dengan lebih mendalam dalam katagori Teori Tekanan. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;

  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Sambungan seterusnya artikel ini anda boleh ikuti di blog beliau di bawah tajuk Rahsia Kelebihan Ais.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...