Browse By

8 Sebab Kita Tidak Memerlukan MacBook Air

Bagi pengguna Mac, anda tentunya sudah sedia maklum dengan kecanggihan MacBook Air, laptop terbaru keluaran Apple. Laptop ini dikatakan paling nipis dan paling ringkas di pasaran disamping rekabentuknya yang tidak berbucu seakan-akan sebuah tripod iPod Nano bersaiz besar. MacBook Air yang beratnya kira-kira 1.36kg paling praktikal digunakan oleh mereka yang kerap travel ke merata tempat kerana ketebalannya antara 0.16 hingga 0.76 inci sahaja dan mampu dimuatkan ke dalam sebuah kereta sampul surat. Anda boleh lihat review lengkap tentang MacBook Air ini di sini.


Tidak salah sebenarnya memiliki teknologi terkini demi memudahkan lagi kehidupan harian kita. Namun, kita perlu ingat bahawa teknologi yang secanggih ini tidak semestinya dan selalunya akan memberi makan makna kepada kita. Kerap kali kita teruja dengan teknologi paling terkini dan cuba mendapatkannya, tetapi kita sering lupa untuk mengambil kira kepentingan dan keperluannya dalam hidup kita.

Untuk post kali ini saya senaraikan 8 sebab kenapa kita tidak memerlukan MacBook Air, bukan tujuan saya hendak mengutuk memburuk-burukkannya cuma sekadar membuat penilaian peribadi agar wang yang kita ada tidak begitu mudah diratah teknologi sedangkan apa yang kita ada lebih daripada memadai.

1. Harga MacBook Air lebih mahal berbanding harga MacBook jenis lain, kerana MacBook Air menggunakan komponen-komponen paling kecil dan nipis.
2. Tiada pemacu CD atau DVD disertakan.
3. RAM tidak dapat diupgrade kerana on-board.
4. Hanya 3 port disediakan iaitu 1 minijack untuk speaker/headphone, 1 port USB 2.0, dan 1 port micro-DVI.
5. Tiada network card interface(NIC).
6. Kapasiti hard disk cuma 80Gb.
7. Bateri tidak dapat diganti dengan bateri tambahan.
8. Peranti-peranti lain seperti pemacu DVD dan adapter USB Ethernet 10/100BASE-T dijual berasingan dan agak mahal.

Walaupun anda seorang yang berkemampuan, saya percaya anda seorang pengguna yang bijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.syamsulariff.com syamsulariff.com

    tapi org ckp kalau tak pakai tak gaya la..takkan nak lepak kedai kopi pakai notebook tebal 5inci..huhu.. 😛

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    ermm….mungkin betul juga, orang kita ni tak pernah kalah dengan gaya 😀

  • zul

    kalau nak beli macbok murah boleh contact saya..mangkuks84@yahoo.com…..nanti kasi price.