Browse By

8 Akibat Memendam Rasa

Setiap penyakit ada ubatnya dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bezanya jenis ubat dan jalan penyelesaian yang dipilih. Daripada pengalaman saya, setiap masalah yang timbul akan menjadi lebih mudah untuk diselesaikan sekiranya kita berkongsi dengan teman rapat yang boleh dipercayai. Tidak kiralah sama ada masalah itu mewujudkan perasaan marah, benci, sedih, tidak puas hati dan pelbagai lagi.

Kita sebenarnya perlukan teman yang setia mendengar meski pun kita sendiri tahu teman kita itu tidak mampu membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sebagai pendengar pula, kita sebenarnya ibarat ubat penahan sakit kepada teman kita yang mengalami masalah itu. Saya percaya setiap luahan perasaan sebenarnya mampu meredakan tekanan terhadap masalah yang timbul. Pokoknya di sini, usah memendam rasa sekiranya anda tidak mampu mengawalnya.

Berikut adalah akibat yang timbul sekiranya anda terlalu memendam rasa:
1. Hidup anda dalam tekanan.
2. Wajah anda muram. Senyuman anda kelihatan tidak ikhlas.
2. Fikiran anda runsing dan hati anda tidak tenang.
3. Banyak perkara negatif yang akan bermain-main di fikiran anda.
4. Anda tidak mempercayai kawan, maka kawan-kawan anda juga tidak mempercayai anda.
5. Tindakan anda tidak rasional dalam menyelesaikan masalah.
6. Kelakuan anda juga kelihatan kasar.
7. Anda sering merasa letih dan tidak bersemangat.
8. Paling teruk, anda mungkin membunuh diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://bonoriau.com bonoriau

    Ahli politik selalu memendam rasa …. cowok yang tak dapat cewek indaman juga memendam rasa

  • http://bonoriau.com bonoriau

    I’m Tagging your BLOG

  • http://www.paypal2u.com/blog/ Paypal2u Bloggers

    Hidup kena relax bro.. Life kena blues.. hahaha… buang masa jer memendam rasa… baik layan tido atau tengok wayang.. lagi best… tak pon layan mp3..

    Paypal2u Bloggers’s last blog post..DIGI Broadband

  • http://fauzisabri.blogspot.com poji

    salam…knp lama dh tak update blog? jangan putus asa dlm hidup. masalah dtg dan pergi. selagi kita bernafas, selagi itulah masalah sentiasa mengejar kita. pokoknya, bila berdepan masalah yang dirasakan amat rumit, kita disuruh utk belajar bgimana utk solve the problem.

    inilah hidup namanya. di sinilah peranan kawan yang prihatin boleh menjadi good listener. apa pun nabi ada memberi motivasi kpd kita semua, “sesungguhnya org yang paling kuat itu adalah mereka yang paling banyak bersabar.”

    semua masalah dtg daripadaNya juga utk menguji kita hambaNya. Allah swt akan menguji hambaNya untuk melihat tahap keimanan kita kepadaNya.

    poji’s last blog post..Kisah Sufiah Pengajaran Buat Kita

  • http://www.ligakampung.com/blog zool

    Betul saya antara cowok tu….
    Ada cewek nak dengar ke??
    He he he he..

    zool’s last blog post..Cerita pasal blog

  • http://ahib0205.blogspot.com/ ahib0205

    dendam nk berjaya sama2 takpa beb. berehh.. =)

  • http://mohdhafifi.blogspot.com hafifi

    bunuh diri pun ada ye…tak bolehlah sy memendam rasa sgt..

    hafifi’s last blog post..Ikhlas, Jujur dan Setia

  • http://menjaro.blogspot.com/ menjaro

    Arak dilarang lantas kita tidak meminum arak lagi. Tetapi keinginan masih ada _ kalau bukannya kecil _ malah semakin besar dan kuat_sehingga anda berkhayal tentang arak.

    Kita tidak minum arak, tetapi mimpi tentang arak. Lalu anda menulis puisi tentang arak. kita hanya memindah arak dari kesedaran jaga ke kesedaran mimpi, ke alam bawah sedar.

    Ini akan membuat benih arak akan tumbuh dan menjadi sebuah tindakan…………………………………………….

    menjaro’s last blog post..Tafakur Alam Kematian

  • http://amplemoney.blogspot.com soleh

    Salam,
    Banyak akibat memendam rasa ni..betul kata Hafez. Saya rasa untuk mengatasinya, kita boleh pergi melancong, dalam Malaysia atau luar Malaysia . Ataupun pun, naik basikal pusing2 kat area kawasan rumah kita ni. Dengan melihat kawasan sekeliling kita, mungkin kita akan berasa lebih baik dan seterusnya dapat melupakan tekanan yang terdapat dalam diri kita ini. Wallahualam

    soleh’s last blog post..Easily Remove Unwanted Google Ads

  • http://www.nadlique.com Nadlique

    Bang, bila nak update blog 🙂

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    maaf semua, saya berada di myanmar atas tugas rasmi agak sukar untuk mengemaskini blog….insyaAllah tidak lama lagi…

    hafez’s last blog post..8 Akibat Memendam Rasa

  • http://Tawau firda

    kita sbg makhluk Allah swt..
    setiap yg kita harungi mmg sukar utk kita
    hadapi……….

    bagi saya mmndam rasa ni mmg sukar utk kita
    memendamnya….cOz ia akan membawa masalah dlm kehidupan kita,,sO kita kenalah luahkan
    wlupn ia amat sukar utk kita luahkan, tapi kita kena luahkan jgk, cOz ia akan memudaratkan diri kita sendiri……

  • http://www.ligakampung.com/blog zool

    Sesetengah apa yang ko tulis tu ada kat aku..
    tapi sekarang ni media internet menjadi tempat aku meluahkan perasaan..
    Caiyoklah..

    zools last blog post..Durian oh Durian

  • lynie

    Thanks a lot..atas tulisan awak yg membina..byk part yg bleh dijadikan pengajaran..