Tidur lama cepat mati

Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke seorang pakar tidur daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat. Beliau telah merumuskan bahawa… Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Jangan Jadi Mangsa Emel Daripada Bank

Seperti anda sedia maklum, kebanyakkan bank di negara ini telah menyediakan kemudahan online banking kepada pelanggannya. Antara online banking paling popular ketika ini adalah seperti Maybank2u dan CimbClick. Saya pasti kebanyakkan daripada anda pernah membuat sekurang-kurangnya sekali transaksi menerusi online banking. Tidak perlulah dinyatakan di sini betapa kemudahan online banking ini amat membantu dan memudahkan urusan anda dengan bank selama ini.

Namun, disebalik keselesaan dalam menggunakan online banking, terdapat ancaman yang anda perlu sentiasa berwaspada. Antaranya adalah seperti emel seperti ini. Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Tips Memulakan Tugas Di Tempat Baru

Istilah penempatan bukanlah perkara baru bagi penjawat awam. Penempatan bermaksud anda ditempatkan atau diarahkan untuk bertugas di sesuatu jabatan atau agensi kerajaan yang telah ditetapkan melalui surat arahan penempatan yang dikeluarkan oleh JPA. Kebiasaannya penempatan merujuk kepada penjawat awam yang baru saja dilantik, mendapat kenaikan pangkat atau bertukar. JPA telah mengkhususkan pegawai-pegawainya untuk menguruskan setiap skim perkhidmatan dan gred jawatan gunasama. Jadi, setiap pengambilan pegawai baru, pertukaran, atau kenaikan pangkat akan diuruskan oleh pegawai-pegawai ini disamping pegawai yang berada di jabatan atau agensi di mana anda ditempatkan.
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Antara Harga Gula dan GST

Bayangkan suatu hari nanti harga nasi lemak (biasa) RM4 sebungkus, teh 0 RM2 secawan, roti canai RM1.50 sekeping, bihun goreng RM3 sepinggan, dan purata kuih-muih dijual RM1 sebiji. Bukan itu saja, malah caj perkhidmatan seperti dobi, kurier, astro, broadband, dan pusat asuhan kanak-kanak turut meningkat secara mendadak gara-gara GST, sedangkan pendapatan anda masih tidak berubah. Katakan anda telah mengumpul wang untuk perbelanjaan kahwin sebanyak RM20,000, selepas ini anda mungkin terpaksa menggandakan jumlah tersebut dan menangguhkan perkahwinan anda sehingga wang mencukupi.
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Ketahui Apa Yang Anda Makan

Baru-baru ini disiarkan sebuah artikel dalam Utusan Online kenyataan daripada Dr. Saodah Abd. Rahman yang mengatakan umat Islam kini perlu mengawasi makanan ringan yang menggunakan label halal kerana terdapat bahan-bahan haram di dalam kandungan makanan tersebut. Agak pelik bila diminta memantau sendiri makanan ringan yang dah dilabelkan halal. Apa maknanya logo halal yang tertera pada bungkusan-bungkusan snek tu? JAKIM tersalah label ke? Persoalan paling penting siapakah pengemar snek paling ramai dan setia? Mampukah mereka memantau sendiri?
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Saya kembali!

Salam Semua! Rasanya sudah begitu lama blog ini tidak diupdate. Apa boleh buat, bila perkataan M yang cukup besar dalam diri mekar bak bunga Akasia… hehe… Apa pun semoga 2010 ini memberi lebih erti buat kita semua.

Seperti biasa di awalan setiap tahun pasti seribu satu azam akan dicipta. Berpandukan prestasi dan pengalaman kita di tahun 2009 pasti banyak yang kita boleh ubah di tahun ini, ye tak?. Bagi saya sendiri, sekurang-kurang saya mahu pastikan blog ini sentiasa diupdate daripada terus dibiarkan berkubur.

Terima kasih kepada anda yang mengunjungi blog ini dan pernah melanggan rss disini. InsyaAllah saya akan terus berkongsi info-info berguna untuk anda semua.

SELAMAT TAHUN BARU!

Post to Twitter Tweet This Post


Data Recovery