Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan

Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:

Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.

Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Kronologi Harga Minyak Petrol Malaysia – Siri 2

Pada 8 Jun lalu saya ada membuat satu post mengenai kronologi peningkatan harga minyak petrol di Malaysia semenjak tahun 1990 hingga 2008. Saya mempersoalkan setinggi mana harga yang sanggup kita bayar tanpa menjejaskan kehidupan seharian. Namun kini, apa yang berlaku harga minyak di Malaysia telah mengalami penurunan yang selama ini tidak pernah terjadi dalam tempoh lebih kurang 9 tahun. Apa komen anda? Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Dengan Nafas Mu

Nyanyian Kumpulan Ungu

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada MU

Karna ku tahu, hanyalah pada diri Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah Mu, menjauhi segala larangan Mu
adalah sebaris doa ku untuk Mu

P/s: Doa dalam lagu, cukup bermakna.

Download: Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Kurma

Apakah juadah anda sewaktu berbuka? murtabak ayam? kebab daging? ayam percik? mee bandung? nasi kukus ayam dara berempah? hmm… sebelum berbuka, apa-apa saja yang terlintas di mata dan di fikiran memang mengiurkan, ditambah pula dengan aroma masakan yang semerbak pasti mencabar keimanan kita. Bak kata orang tepuk dada, tanya selera bukan begitu? Kadang kala tertanya-tanya juga kenapalah begitu banyak sekali makanan yang kelihatan sewaktu bulan puasa ini, tetapi tiba-tiba ghaib pada bulan lain. Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Chrome Mungkin Saingan Firefox

Google ChromeBaru-baru ini Google baru saja melancarkan sebuah pelayar webnya sendiri yang dinamakan Chrome. Chrome adalah aplikasi open-source yang masih lagi berada diperingkat pengujian atau versi beta, jadi adalah terlalu awal untuk membandingkannya dengan pelayar web lain seperti Firefox, IE atau Safari. Perlu diketahui bahawa, Google tidak sembarangan membina Chrome sebagai sebuah pelayar web biasa kerana Chrome dibangunkan khas untuk menjadi sebuah pelayar web pencuri aplikasi. Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Beli Belah Kuih Raya Online

Ramadhan baru saja bermula, namun persediaan untuk menyambut Aidilfitri sudah mulai bermain-main di fikiran. Ditambah pula dengan pemberian bonus seperti yang diwar-warkan di dalam Bajet 2009 baru-baru ini menambahkan lagi keghairahan untuk menyambut hari besar itu. Raya tanpa kuih muih raya, bagaimanalah agaknya yer?
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Memulihkan Thumbdrive Yang Dirosakkan Oleh Virus

The disk cannot be written to because it is write protected. Please remove the write protection from the volume in drive \Device\Harddisk1\DR5.

Inilah masalah yang terjadi kepada thumbdrive Kingston DataTraveler 4Gb saya setelah menggunakannya pada sebuah laptop seorang kenalan yang dipenuhi virus Trojan Horse Generic9.aarx (dikesan oleh AVG v8.0). Pelbagai cara telah saya gunakan untuk cuba menghapuskan virus tersebut dan mengembalikan ruangan 4Gb itu, namun masih gagal dan mesej seperti di atas terus dipaparkan. Adakah saya akan kehilangan sebuah thumbdrive hanya disebabkan oleh seekor virus yang licik ini? Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post