Apakah relevannya yer? Mungkin saya terkeliru, boleh sesiapa tolong jelaskan?
Harga petrol, diesel turun
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter dan diesel diturunkan 8 sen dari RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa mulai esok. Pada masa yang sama, harga runcit petrol RON92 dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.
Petikan Utusan Malaysia 23/08/2008
Continue reading ‘Harga Minyak Turun Tambang Bas Naik’
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya 31 Ogos 2008. Saban tahun kita meraikan hari kemerdekaan negara dengan penuh kemeriahan dan semangat kenegaraan. Bendera Malaysia dikibarkan hampir di setiap tempat. Persiapan menjelang hari kebangsaan ini pada kebiasaanya dimulakan seawal dua atau tiga bulan. Namun begitu pada tahun ini, walaupun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi kita masih belum dapat melihat sambutan atau aktiviti dijalankan sempena hari kemerdekaan. Kenapa begitu suram sekali sambutannya pada tahun ini yer? Adakah disebabkan langkah berjimat cermat kerajaan di atas kenaikan harga minyak? Atau kerana terdapatnya pilihanraya kecil yang akan berlangsung sebelum 31 Ogos ini? Atau menghormati bulan ramadhan yang bakal tiba? Atau rakyat Malaysia sudah tiada semangat kenegaraan lagi? Oh! mungkin ada yang belum tahu, tahun ini merupakan sambutan ke 51 dan tema hari kemerdekaan bagi tahun ini ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jom kibarkan bendera!
Hari ini komuniti Joomla! telah mengumumkan Joomla! siri 1.5.6 (Vusani) telah sedia untuk dipindahturun. Versi ini adalah untuk menangani isu keselamatan tahap tinggi di mana terdapat masalah di dalam fungsi untuk mengingati kata laluan dan disarankan agar semua pengguna Joomla! upgrade Joomla! masing-masing dengan segera.