Cayalah Malaysia!

Filed Under (Sukan) by hafez on 30-07-2008

Tagged Under : , , ,

Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chelsea. Terima kasih kepada Razif kerana sudi menaja tiket grandstand yang berharga rm103(pehh!!) itu. Perlawanan yang menarik, meski pun pasukan Malaysia kelihatan agak tumpul di jentera serangan namun mereka masih mampu mengekang asakan pasukan Chelsea yang datang bertali arus. Mungkin ini adalah sebahagian daripada taktik B Sathianathan dalam menghadapi tentangan Chelsea. Read the rest of this entry »

Konsep Upah PTPTN

Filed Under (Pengurusan Kewangan) by hafez on 29-07-2008

Tagged Under : , , ,

Konsep: upah = kos pengurusan + pinjaman

Ini mungkin satu berita baik bagi peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN), Majlis Fatwa baru-baru ini memutuskan bahawa caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus yang dikenakan sebelum ini akan digantikan kepada konsep upah. Sejauh mana konsep upah ini dapat membantu mengurangkan bebanan pinjaman pelajar, kita akan lihat sebaik sahaja pengumuman kadar bayaran baru dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi tidak lama lagi.

Memandangkan saya juga antara sebilangan peminjam setia PTPTN, berita seperti ini amat melegakan. InsyaAllah, misi untuk bebas daripada hutang mungkin akan lebih cepat dicapai. :D
Read the rest of this entry »

No Guarantees

Filed Under (Uncategorized) by hafez on 28-07-2008

Tagged Under : , , , ,

- Written By Azizi Ali

I spoke at a company in Malacca recently. We all had a great time, laughed and yes, learnt how to manage our money better.

At the end of the talk, a significant number of the participants rushed to get some of the products we had for sale at the back of the seminar room. Most of them were eager to pick more information so they will become even better in managing their finances.

From the corner of my eyes, I noticed a young man in the crowd looking at my two books. He would pick them up, put them down and repeat the process a couple of time. Finally, he turned to me and asked, “Mr. Azizi, can you guarantee that I will become a millionaire if I buy your books?
Read the rest of this entry »

Jadikan Mereka Mentor Anda

Filed Under (Buku, Uncategorized) by hafez on 26-07-2008

Tagged Under : , , ,



Jutawan Malaysia


Ya, jadikan mereka mentor anda sekarang kerana mereka merupakan barisan mentor terbaik untuk mengubah hidup anda menjadi seorang yang sentiasa berduit atau JUTAWAN. Jika anda tidak berkeinginan menjadi seorang jutawan (fobia kot..), sekurang-kurangnya ubahlah hidup anda supaya setiap kali berlaku kenaikan harga minyak anda tetap boleh menjalani hidup seperti biasa dan tidak perlu mengurangkan perbelanjaan lagi.
Read the rest of this entry »

Jangan Download Themes Percuma

Filed Under (Keselamatan) by hafez on 25-07-2008

Tagged Under : , , ,



Malicious Code In Themes


Adakah anda menggunakan themes Wordpress/Joomla percuma di blog anda? Jika ya, sila uninstall themes anda sekarang dan gunakan default themes sahaja. Seandainya anda berhasrat untuk menukar themes blog anda, pastikan anda tidak menukarnya dengan themes yang diperolehi secara percuma daripada internet dengan sewenang-wenangnya. Ingat! yang percuma itu tidak selalunya baik dan menguntungkan anda. Read the rest of this entry »

Malaysia Bakal Menghadapi Gergasi Biru

Filed Under (Sukan) by hafez on 23-07-2008

Tagged Under : , , ,

Malaysia Vs ChelseaAwas! Gergasi Biru bakal memasuki Malaysia tidak lama lagi. Kemunculan mereka pasti akan mengegarkan seluruh Stadium Shah Alam pada 29 Julai ini.


Peminat dan penyokong kelab bola sepak Chelsea di Malaysia sudah tentunya tidak sabar untuk melihat bintang-bintang bola sepak kegemaran mereka beraksi di padang dan mempamerkan skil-skil yang hebat. Kedatangan Chelsea ke Malaysia adalah bagi memenuhi siri jelajah Asia yang dianjurkan oleh Samsung.


Perlawanan bertemu kelab antarabangsa seperti ini pasti menarik, walaupun kemenangan bukanlah menjadi agenda utama. Semoga dengan perlawanan yang julung-julung kali diadakan ini akan memberikan pengalaman yang cukup berguna kepada squad pilihan negara.


P/s: Chelsea Chelsea!

Masa Untuk Berniaga

Filed Under (Ekonomi) by hafez on 23-07-2008

Tagged Under : , ,





Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk memberi peluang kepada kakitangan awam menceburkan diri dalam perniagaan secara sambilan untuk menghadapi krisis kenaikan harga. Kerajaan bersetuju untuk menambah permit peniaga kecl dan penjaja dalam usaha membantu kakitangan awam yang berpendapatan rendah. Pada pandangan saya, tindakan kerajaan ini amat bertepatan dan perlu disambut baik. Ini adalah peluang bagi kakitangan awam untuk berusaha menambah pendapatan yang sedia ada daripada terus bergantung kepada gaji yang diterima setiap bulan.


Walaupun ramai daripada kita masih lagi tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak secara mendadak namun bak kata orang “hidup ini perlu diteruskan”. Adalah lebih baik kita berbuat sesuatu daripada terus menyalahkan kerajaan dan hidup dalam kesempitan. Jadi, marilah kita mula belajar berniaga sekarang dan ubah nasib hidup kita. :D
Read the rest of this entry »

Jom Pi Joomla! Day 2008

Filed Under (Uncategorized) by hafez on 22-07-2008

Tagged Under : , ,

Joomla! Day 2008


Kini hari yang ditunggu-tunggu oleh pengemar dan peminat setia CMS Joomla! telah pun hampir tiba. Joomla! Day Malaysia 2008 akan diadakan pada 2 Ogos 2008 ini bertempat di Hotel Cititel, MidValley, Kuala Lumpur. Paling menarik event ini akan dihadiri oleh pakar-pakar Joomla berpengalaman seperti Mr. Toby Patterson (Joomla.org), En. Azrul (azrul.com) dan Mr. Lee Cher Yeong (mosets.com). Pasti banyak ilmu yang akan dikongsikan dalam pembentangan mereka nanti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana Joomla disetup dalam masa 5 minit dan dapat dijalankan tanpa web server.

Website Rasmi: http://www.joomla-day.org.my/2008/

P/s: Berita buruk, pendaftaran baru sahaja tamat sebentar tadi (21/07/2008 16:00). Berita baik, saya sempat mendaftar. :D

Limitasi Dalam Word

Filed Under (Pelbagai Tips) by hafez on 16-07-2008

Tagged Under : , ,


Word Fail Larger Than 32 MB



Ralat seperti di atas saya temui ketika ingin membuka sebuah fail Word salah seorang user di tempat saya berkerja yang bersaiz kira-kira 511Mb. Baru saya tahu bahawa saiz fail Word sebenarnya tidak boleh melebihi 32Mb. Yang peliknya fail Word ini dibenarkan disimpan di dalam saiz yang melebihi 32 Mb tetapi tidak pula boleh membukanya semula. Adakah saya yang tersilap faham??… Read the rest of this entry »

Lafaz Yang Memilukan

Filed Under (Motivasi) by hafez on 11-07-2008

Tagged Under : , ,

Nora Danish

Bukan sekali, bukan dua kali, malah sudah berpuluh-puluh kali kita mendengar kisah-kisah penceraian artis sama ada di tanahair kita mahu pun di luar negara. Kita juga sudah tidak lagi merasa terkejut malah mampu tersenyum sinis sebaik terbaca berita-berita penceraian ini di dada-dada akhbar. Adakah ini salah satu kaedah publisiti berkos rendah? Atau suatu trend baru? Trend janda dan duda berhias di alaf baru?

Read the rest of this entry »