Filed Under (Pilihanraya) by hafez on 29-02-2008
Lagu ini ditujukan khas buat bakal-bakal pemimpin yang akan terpilih di dalam pilihanraya nanti. Semoga mereka dapat melaksanakan amanat yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi.
Read the rest of this entry »
Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.
Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.
Read the rest of this entry »
Filed Under (Tahukah Anda) by hafez on 27-02-2008
Baru-baru ini saya ada menerima satu e-mel yang menyatakan mengenai misteri Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Kononnya masjid ini dikatakan berupa jelmaan jin dan anjing pada struktur binaan masjid tersebut dan video tersebut telah dirakamkan oleh seorang pelancong asing. Adakah perkara ini benar atau sekadar provokasi politik? saya tidak mahu memberi komen lanjut mengenai perkara ini, anda boleh lihat sendiri perbezaan dua gambar berikut. Read the rest of this entry »
Filed Under (Ekonomi) by hafez on 26-02-2008
Isu harga minyak di Malaysia ketika ini masih menjadi tanda tanya memandangkan harga minyak di pasaran dunia masih berada di paras yang tinggi. Musim pilihanraya kali ini banyak pula parti yang bertanding menjamin tidak akan berlaku kenaikan, semoga isu ini tidak dijadikan sebagai modal untuk meraih undi dan akhirnya kembali membebankan rakyat.
Read the rest of this entry »
Filed Under (Pilihanraya) by hafez on 26-02-2008
Saya baru sahaja kembali daripada bercuti di Hawaii kampung malam tadi, untuk seketika tidak dapat update blog ini memandangkan di sana liputan 3G tidaklah begitu memuaskan. Nampaknya suasana di kampung saya ketika ini sungguh meriah dengan kempen pilihanraya dan saya percaya di tempat-tempat lain juga tidak kurang meriahnya terutama selepas berakhirnya Hari Penamaan Calon pada 24 haribulan yang lalu.
Boleh saya katakan bahawa kebanyakkan bakal pengundi pada waktu ini sudah mempunyai pilihan hati dalam memilih bakal pemimpin atau wakil rakyat untuk penggal seterusnya. Bagi bakal pengundi yang baru sahaja layak mengundi tahun ini atau pertama kali mengundi, saya ingin berkongsi sedikit tips dengan anda. Tips ini mungkin dapat dijadikan panduan dalam memilih kriteria bakal pemimpin atau wakil rakyat yang betul-betul berkaliber dan mampu berkhidmat dengan penuh dedikasi di tempat anda.
Read the rest of this entry »
Filed Under (Internet) by hafez on 21-02-2008
“Kasih berpadu takkan renggang…
Cinta sejati jadi panduan…
Jika janji engkau pegang…
Mengapa sekarang aku sendirian…
Berapa lama lagikah…harus aku begini…”
Read the rest of this entry »
Filed Under (Pelaburan) by hafez on 20-02-2008
Boleh dikatakan tahun 2008 merupakan tahun paling menguntungkan, kali ini Bank Rakyat pula memberikan pulangan besar kepada ahli-ahlinya.
Bank Rakyat umum dividen 20%
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 20 peratus kepada 793,482 ahlinya.
Bank tersebut memperuntukan RM397.5 juta bagi tujuan pembayaran dividen itu.
Sumber: Utusan Malaysia
oleh Zamri Nanyan
Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.
Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?
Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.
Read the rest of this entry »
Filed Under (Tahukah Anda) by hafez on 20-02-2008

Jika anda merasakan nama tempat di negara New Zealand seperti gambar di atas merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai nama terpanjang di dunia, anda sebenarnya silap. Read the rest of this entry »
Filed Under (Internet) by hafez on 19-02-2008
Pagi ini saya cuba untuk membuat carian di Google, namun ralat ini yang muncul. Saya kurang pasti apakah maksud ralat yang dipaparkan ini, tetapi nampaknya ia telah mengagalkan usaha saya untuk mencari apa yang saya kehendaki menerusi Google. Pilihan kedua adalah Yahoo, tiada masalah setakat ini. Adakah anda menghadapi masalah yang sama?
