Posted by hafez on January 31st, 2008
Saya tertarik dengan tajuk-tajuk berita di Utusan Malaysia dan Berita Harian pada hari ini, 31 Jan. 2008. Antaranya seperti:
- Dividen KWSP naik sebab pengurusan cekap
- 404 pemilik tanah di Sabah terima pampasan
- 107 balai polis baru diwujudkan
- Rumah pam atasi masalah air
- Pemuda UMNO bantu pelajar hidap leukemia
- Program khas pertanian bulan depan
- Koridor maju Sarawak dilancar 11 Februari
- Sosioekonomi rakyat lebih selesa
- RM3j bayar dividen Sijil Simpanan Premium
- OPR 3.50 peratus dijangka kekal
Jika anda mengikuti dan membaca kedua-dua akhbar sepanjang minggu ini, pasti menemui tajuk-tajuk positif seperti ini. Atau mungkin gambar berikut mengesahkan hari yang bakal kita hadapi nanti.
Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Posted by hafez on January 30th, 2008

Selepas pemergian penulis lirik terkenal Loloq, Datuk Ishak Baharum iaitu bekas mufti Selangor pada hari yang sama juga telah meninggal dunia akibat pendarahan otak kira-kira pukul 2.50 petang. Satu kebetulan yang begitu menyedihkan. Mari kita sedekahkan Al-fatihah untuk kedua-duanya.
SHAH ALAM 30 Jan. – Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas hampir 21 jam dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim berkata, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.50 petang akibat pendarahan dalam kepala.
Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.
Tweet This Post
Posted by hafez on January 30th, 2008

30/01/2008 3:22pm
Oleh Saharudin Mustafa
Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, hari ini.
PETALING JAYA 30 Jan. – Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.
Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.
Sumber: Utusan Malaysia
Tweet This Post
Posted by hafez on January 30th, 2008

Baru-baru ini Dr. Irfan Khairi telah menerbitkan sebuah lagi buku yang bakal laris di pasaran bertajuk Nota Jutawan Nota Motivasi, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Menurut beliau, buku ini mengandungi pelbagai info dan tips motivasi jutawan yang ditulis dalam bentuk nota supaya kelihatan lebih menarik, mudah untuk dibaca dan difahami pembaca. Saya sudah membuat tempahan buku ini secara online, dan sedang menunggu penghantarannya. Jika berminat, anda boleh dapatkan buku ini yang berharga RM39.90 menerusi blog beliau atau di MPH.
Tweet This Post
Posted by hafez on January 30th, 2008
CIMB lancar waran jangka pendek “Bull Els”
KUALA LUMPUR 29 Jan – CIMB Investment Bank Bhd. hari ini muncul sebagai syarikat pertama di negara ini, yang menawarkan waran jangka pendek tersenarai “Bull Equity-Linked Structure” (Bull ELS), yang membolehkan pelabur membeli saham pendasar pada harga diskaun.
Ketua Derivatif Ekuiti kumpulan, Lim Jong Hau berkata, bank itu akan menerbitkan dua siri Bull ELS ke atas saham-saham Sime Darby Bhd. dan IOI Corp Bhd., yang akan disenaraikan di papan waran-waran panggilan Bursa Malaysia.
“Jumlah saham yang akan diterbitkan ialah masing-masing sebanyak 20 juta daripada kedua-dua syarikat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk itu, di sini hari ini.
– Bernama
Sumber: Utusan Malaysia
Apakah yang dimaksudkan dengan Bull ELS?
Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Posted by hafez on January 29th, 2008
Ramai yang mengaitkan kegelapan dengan sesuatu keburukan atau kejahatan. Disebabkan itu sering kali kita menjadi takut dan cuba untuk mengelak daripada berada dalam kegelapan. Tetapi tahukah anda, kegelapan sebenarnya secara tidak sedar turut memberi kebaikan kepada kesihatan kita. Saya tidak merujuk kepada zaman kegelapan yer, apa yang saya maksudkan di sini adalah kegelapan malam semulajadi. Dr. Ariffaizal dalam blognya ada menjelaskan secara saintifik fungsi kegelapan untuk manusia.
Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Posted by hafez on January 28th, 2008
Top 10 Unit Trust Fund 2007:
1. CMS Islamic – 78.97%
2. OSK-UOB Emerging Opportunity – 76.47%
3. OSK-UOB Smart Treasure – 66.01%
4. Public SmallCap – 65.34%
5. RHB Goldenlife 2030 – 61.85%
6. ING Ekuiti Islam – 61.01%
7. OSK-OUB Resources – 60.20%
8. MAAKL Progress – 60.06%
9. PB Growth – 59.31%
10. OSK-UOB Growth & Income Focus – 59.26%
Source: Lipper Global Classification
Tweet This Post
Posted by hafez on January 28th, 2008
Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah mengumumkan bahawa mulai 1 Februari 2008, sesiapa sahaja yang melanjutkan khidmat di dalam kerjayanya setelah melebihi umur 55 tahun adalah diwajibkan untuk terus mencarum sehingga berusia 75 tahun. Bagaimana pun kadar caruman setelah melebihi umur 55 tahun adalah lebih rendah berbanding kadar semasa iaitu 5.5% caruman pekerja dan 6% lagi caruman daripada majikan.
Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Posted by hafez on January 27th, 2008
Lagu “Itu Kamu” memenangi Anugerah Juara Lagu ke 22? Setahu saya lagu ini cuma berada di bonus track sahaja dalam album In Hating Memory (versi repackage), dan merupakan salah satu daripada dua lagu berbahasa Melayu yang digubah dan dinyanyikan sendiri oleh Estranged. Tak sangka band baru seperti ini boleh mengalahkan finalist AJL lain yang berpengalaman. Mungkin kerana pernah memenangi Anugerah ERA 2006 dahulu kot (kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan) atau kerana vocalistnya Rich AF4, punya ramai peminat yang setia..hehehe. Apa pun kemenangan band ini membuktikan kesungguhan mereka untuk terus bersaing dalam event yang dikatakan penuh berprestij dan mendapat hits tertinggi. Berikut adalah senarai pemenang AJL 22:
Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Posted by hafez on January 27th, 2008
Malam ini kita akan menyaksikan finalist AJL mempersembahkan lagu masing-masing. Segala kontroversi akan terjawab, dan saya pasti anda tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat artis-artis pujaan anda bertarung. Malangnya saya mungkin tidak dapat menyaksikan AJL kali ini kerana ada tugas yang perlu disiapkan. Tentu banyak perkara menarik yang dapat anda saksikan atau mungkin anda tidak berpuas hati tentang keputusan malam ini, silalah nyatakan di sini.
Berikut adalah senarai finalist AJL ke 22 mengikut kategori:
Read the rest of this entry »
Tweet This Post
Recent Comments