Browse By

2008 Tanpa Sambutan Kemerdekaan

51 Tahun Kemerdekaan Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya 31 Ogos 2008. Saban tahun kita meraikan hari kemerdekaan negara dengan penuh kemeriahan dan semangat kenegaraan. Bendera Malaysia dikibarkan hampir di setiap tempat. Persiapan menjelang hari kebangsaan ini pada kebiasaanya dimulakan seawal dua atau tiga bulan. Namun begitu pada tahun ini, walaupun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi kita masih belum dapat melihat sambutan atau aktiviti dijalankan sempena hari kemerdekaan. Kenapa begitu suram sekali sambutannya pada tahun ini yer? Adakah disebabkan langkah berjimat cermat kerajaan di atas kenaikan harga minyak? Atau kerana terdapatnya pilihanraya kecil yang akan berlangsung sebelum 31 Ogos ini? Atau menghormati bulan ramadhan yang bakal tiba? Atau rakyat Malaysia sudah tiada semangat kenegaraan lagi? Oh! mungkin ada yang belum tahu, tahun ini merupakan sambutan ke 51 dan tema hari kemerdekaan bagi tahun ini ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jom kibarkan bendera! 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • anney

    menghormati ramadhan bakal menyusul keesokan harinya lps merdeka tu… kang kalu ada sambutan kang ade lak yg bg alasan ponteng puasa sbb penat sambut hari merdeka karang…

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    hehehe…. betul juga tu…