Browse By

20 Alasan Untuk Terus Membujang

Jika perkara kahwin itu semudah dan semurah membeli barangan di pasar malam sudah tentu peratusan bujang di negara ini tidak tinggi atau mungkin tidak timbul. Bagi anda yang sedang membujang ketika ini tentunya sudah lali dengan soalan-soalan killer seperti ini:

Bila lagi nak merasa makan nasi minyak ni?…”
Takkan nak hidup sorang jer kot?…”
Calon dah ada ke?…”


Sebenarnya bukanlah menjadi satu kesalahan untuk sekadar bertanya dan memberi sedikit desakkan kepada golongan bujang ini untuk segera mengakhiri zaman bujangnya, tetapi kadang kala apabila diajukan soalan yang sama terlalu kerap ia telah menjadi sesuatu yang merimaskan. Tekanan perasaan atau kemurungan juga pasti wujud dalam diri mereka yang sering gagal dalam usaha untuk mendapatkan pasangan yang diidamkan. Jadi, berhati-hati jika hendak bertanya dan ingatlah juga tiada siapa yang ingin terus membujang selamanya tanpa sebab yang munasabah.

Bagi orang-orang bujang, berikut adalah 20 alasan yang boleh diguna pakai untuk menangkis soalan-soalan killer tadi. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

1. “Duit tak cukup lagi…”
2. “Belum sampai seru…”
3. “Tak puas enjoy…”
4. “Awek ramai sangat, tak tahu nak pilih…”
5. “Tak mau langkah bendul, abang/kakak tak kawen lagi…”
6. “Awek study oversea, tunggu dia balik…”
7. “Hutang keliling pinggang, along tengah cari…”
8. “Nak beli kereta/rumah dulu…”
9. “Ditinggalkan awek, dia lari ikut orang lain…”
10. “Tak hensem, mana ada orang nak…”
11. “Fobia jumpa tok kadi…”
12. “Bakal mertua nak hantaran mahal-mahal…”
13. “Tak boleh lupa la awek dulu…”
14. “Muda lagi la beb!…”
15. “Kawen dah, nikah jer belum…”
16. “Surah Qunut belum hafal lagi…”
17. “Kursus kawen dah naik harga…”
18. “Sibuk dengan kerja, tak sempat nak fikir kawen…”
19. “Bulan Januari komfem kawen, cuma tahun tak tahu bila…”
20. “Belum bersunat lagi ler….mana bleh kawen…”
😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://amplemoney.blogspot.com soleh

    Salam,
    betulla…aku pun jawab mcm antara 20 alasan ni..hehe..Macam mana pula dgn penulis, Hafez? Dah Kahwin?..hehe

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    err…..penulis dikecualikan daripada menjawab soalan ni….boleh ke gitu? hehehe…

  • lisa

    Penulis? No komen….