Wordpress 3.0 sudah sampai

Akhirnya Wordpress versi 3.0 sudah dilepaskan pada hari ini kepada para bloggers yang sudah lama ternanti-nanti. Bagaimana performance dan kestabilannya? Hmm… mari kita sama-sama uji pandu dan lihat hasilnya. :D

Post to Twitter Tweet This Post

Bahana Air Kencing

Pada 2 April 2010 yang lalu, seperti yang telah kita sedia maklum, negara telah dikejutkan dengan berita kematian pelawak tanahair tekenal Din Beramboi (atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri). Kematian beliau disahkan berpunca daripada demam denggi berdarah yang mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Sebelum itu beliau telah tiga hari terlantar di Hospital Selayang dalam keadaan koma yang mana pada mulanya disangkakan terkena jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis.

Sungguhpun kematian arwah Din Beramboi tidak dikaitkan dengan leptospirosis, ini tidak bermakna kuman ini tidak berbahaya. Malah dikatakan kuman ini mampu membawa akibat yang sama dengan demam dengki berdarah dan sukar untuk dihapuskan. Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Resepi Nasi Berani Gam

Resepi ini diambil daripada emel. Cadangan hidangan untuk 5 orang.

Bahannya:
2 kilogram beras basmati
100 gram bawang merah – dihiris
50 gram bawang putih – dihiris
50 gram halia – dihiris
1/2 tin susu cair
Empat sekawan – bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
1 biji tomato – dipotong empat
2 tangkai cili merah – belah dua
2 tangkai cili hijau – belah dua
5 gram daun sup atau daun bawang – potong 1 1/2 inci
3 gram daun ketumbar
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:
Masak nasi hanya selepas daging siap dimasak
1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.

Daging beriani:
1 kilogram daging – potong 10 ketulan
20 gram rempah beriani – campur sedikit air
1/2 cawan pes tomato
1/2 cawan sos tomato
50 gram bawang goreng
4 sekawan – bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
50 gram bawang merah – dikisar
20 gram bawang putih – dikisar
20 gram halia – dikisar
3 gram daun pudina – dikisar
3 gram daun ketumbar – dikisar
1/2 cawan minyak sapi
50 gram biji gajus goreng – ditumbuk kasar
50 gram kismis
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan yang sudah dikisar serta rempah, pes tomato, sos tomato, minyak sapi, daun pudina, ketumbar dan empat sekawan.

2. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan biji gajus dan kismis ke dalamnya.

3. Didih dengan api pelahan sehingga daging itu empuk dan tambah bahan perasa.

Tips:
* Beras mestilah berbau wangi dan cantik. Pilih basmati yang perlu dibasuh terlebih dulu sebelum direndam selama setengah jam.
* Bagi membolehkan daging lebih enak dan empuk, perap daging dengan rempah ratus dihasilkan sendiri selama setengah jam.
* Masak dalam api perlahan antara satu hingga dua jam supaya daging benar-benar empuk.
* Antara punca daging tidak menepati cita rasa adalah ia dimasak terlalu cepat dengan api tidak terkawal.

Untuk maklumat lanjut, layari www.residenceatuniten.com atau www.seripacific.com

- Selamat Menjamu Selera -

Post to Twitter Tweet This Post

Antara kerja dan keluarga

Ramai orang menganggap bahawa adalah sesuatu yang mustahil untuk mengimbangi masa antara kerjaya dan keluarga. Namun sebenarnya terdapat beberapa langkah mudah untuk mempunyai kerjaya yang baik disamping mengekalkan hubungan keluarga yang intim. Antara langkahnya adalah:

Langkah 1: Jangan campur-adukkan antara kerja dan keluarga.

Anda harus tentukan sendiri masa yang tetap, di mana anda akan berhenti daripada memikirkan tentang kerja dan mula meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Malang sekali tidak ramai yang mampu berbuat demikian, malah ketika bersolat pun masih boleh memikirkan masalah yang berlaku di tempat kerja. Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Tidur lama cepat mati

Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke seorang pakar tidur daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat. Beliau telah merumuskan bahawa… Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Jangan Jadi Mangsa Emel Daripada Bank

Seperti anda sedia maklum, kebanyakkan bank di negara ini telah menyediakan kemudahan online banking kepada pelanggannya. Antara online banking paling popular ketika ini adalah seperti Maybank2u dan CimbClick. Saya pasti kebanyakkan daripada anda pernah membuat sekurang-kurangnya sekali transaksi menerusi online banking. Tidak perlulah dinyatakan di sini betapa kemudahan online banking ini amat membantu dan memudahkan urusan anda dengan bank selama ini.

Namun, disebalik keselesaan dalam menggunakan online banking, terdapat ancaman yang anda perlu sentiasa berwaspada. Antaranya adalah seperti emel seperti ini. Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Tips Memulakan Tugas Di Tempat Baru

Istilah penempatan bukanlah perkara baru bagi penjawat awam. Penempatan bermaksud anda ditempatkan atau diarahkan untuk bertugas di sesuatu jabatan atau agensi kerajaan yang telah ditetapkan melalui surat arahan penempatan yang dikeluarkan oleh JPA. Kebiasaannya penempatan merujuk kepada penjawat awam yang baru saja dilantik, mendapat kenaikan pangkat atau bertukar. JPA telah mengkhususkan pegawai-pegawainya untuk menguruskan setiap skim perkhidmatan dan gred jawatan gunasama. Jadi, setiap pengambilan pegawai baru, pertukaran, atau kenaikan pangkat akan diuruskan oleh pegawai-pegawai ini disamping pegawai yang berada di jabatan atau agensi di mana anda ditempatkan.
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Antara Harga Gula dan GST

Bayangkan suatu hari nanti harga nasi lemak (biasa) RM4 sebungkus, teh 0 RM2 secawan, roti canai RM1.50 sekeping, bihun goreng RM3 sepinggan, dan purata kuih-muih dijual RM1 sebiji. Bukan itu saja, malah caj perkhidmatan seperti dobi, kurier, astro, broadband, dan pusat asuhan kanak-kanak turut meningkat secara mendadak gara-gara GST, sedangkan pendapatan anda masih tidak berubah. Katakan anda telah mengumpul wang untuk perbelanjaan kahwin sebanyak RM20,000, selepas ini anda mungkin terpaksa menggandakan jumlah tersebut dan menangguhkan perkahwinan anda sehingga wang mencukupi.
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Ketahui Apa Yang Anda Makan

Baru-baru ini disiarkan sebuah artikel dalam Utusan Online kenyataan daripada Dr. Saodah Abd. Rahman yang mengatakan umat Islam kini perlu mengawasi makanan ringan yang menggunakan label halal kerana terdapat bahan-bahan haram di dalam kandungan makanan tersebut. Agak pelik bila diminta memantau sendiri makanan ringan yang dah dilabelkan halal. Apa maknanya logo halal yang tertera pada bungkusan-bungkusan snek tu? JAKIM tersalah label ke? Persoalan paling penting siapakah pengemar snek paling ramai dan setia? Mampukah mereka memantau sendiri?
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Saya kembali!

Salam Semua! Rasanya sudah begitu lama blog ini tidak diupdate. Apa boleh buat, bila perkataan M yang cukup besar dalam diri mekar bak bunga Akasia… hehe… Apa pun semoga 2010 ini memberi lebih erti buat kita semua.

Seperti biasa di awalan setiap tahun pasti seribu satu azam akan dicipta. Berpandukan prestasi dan pengalaman kita di tahun 2009 pasti banyak yang kita boleh ubah di tahun ini, ye tak?. Bagi saya sendiri, sekurang-kurang saya mahu pastikan blog ini sentiasa diupdate daripada terus dibiarkan berkubur.

Terima kasih kepada anda yang mengunjungi blog ini dan pernah melanggan rss disini. InsyaAllah saya akan terus berkongsi info-info berguna untuk anda semua.

SELAMAT TAHUN BARU!

Post to Twitter Tweet This Post


Data Recovery Software